TERKINI: Tuchel Berminat Dapatkan Mektom Dari Man United

Satu berita mengejutkan hari ini, BILD melaporkan bahawa Bayern Munich mempertimbangkan untuk mendapatkan Scott McTominay atau nama manjanya Mektom.

Idea perpindahan itu dikatakan daripada scouting Bayern dan mereka membentangkannya kepada Thomas Tuchel.

Pengurus itu dikatakan menyokong idea itu. Dengan Tuchel menunjukkan minatnya ke atas Mektom, maka Bayern kini akan cuba untuk mendapatkan informasi terkini status McTominay di Man United.

Sebelum ini McTominay berada dalam senarai untuk dijual bersama sama dengan Fred. Namun ketika itu hanya West Ham yang benar benar serius mahukan Mektom.

West Ham mahu membayar sekitar £30 juta saja untuk pemain antarabangsa Scotland itu. Dan tawaran itu ditolak Man United yang merasakan pemain itu bernilai sekitar £40-50 juta. Atau sekurang kurangnya £35 juta bayaran wajib dan harus disertakan bonus.

West Ham agak kecewa dan sedih dengan tindakan United dianggap cekik darah untuk pemain yang mereka tak mahukan.

West Ham beralih kepada Edson Alvarez dari Ajax dengan pembelian bernilai £36 juta.

Man United kemudian menyatakan bahawa mereka lebih relah menyimpan McTominay daripada melepaskan pemain itu dengan harga tidak sepatutnya.

Kini Bayern Munich sedia untuk membuka rundingan dengan Man United untuk mendapatkan McTominay.

Man United sudah mendapatkan Mason Mount untuk posisi tengah. Namun McTominay memiliki kemampuan untuk menjadi back up kepada Casemiro di posisi no.6.

Pemain itu juga mahukan jaminan minit permainan yang lebih banyak musim ini. Itu antara faktor yang membuatkan Bayern merasakan bahawa perpindahan pemain ini realistik.

Tuchel memang minat dengan pemain tengah dari kalangan pemain Inggeris. Sebelum ini dia berminat mendapatkan Mason Mount namun Man United sudah terlalu advance untuk rundingan tersebut.

Kini dia berharap akan dapat bekerjasama berganding bahu tolong menolong bantu membantu dengan McTominay.

Pernah digelar wonderkid yang bakal menjadi legenda masa depan kelab, McTominay berdepan dengan isu prestasi tak konsisten. Harus diakui perubahan pengurus yang terlalu kerap antara faktor yang membuatkan beliau tidak membangun lebih baik sebagai pemain muda sebelum ini.

Di bawah kendalian Ten Hag dia sudah di fasa dia pemain dewasa. Dan Ten Hag tidak menjadikan McTominay pilihan utama sejak hari pertama dia di Man United.

LONDON, ENGLAND – OCTOBER 30: Fred and Scott McTominay of Manchester United celebrate after the Carabao Cup Round of 16 match between Chelsea FC and Manchester United at Stamford Bridge on October 30, 2019 in London, England. (Photo by Matthew Peters/Manchester United via Getty Images)

Gandingan dia dengan Fred digelar McFred seringkali menjadi bahan jenaka oleh peminat mereka sendiri. Kerana kedua duanya dianggap terlalu direct dan tidak ada kreativiti mahupun flair pada permainan mereka.