TERKINI: Tuchel Sahkan Dia Tak Akan Kekal Di Bayern

Thomas Tuchel mengesahkan bahawa dia tidak akan kekal di Bayern Munich. Tuchel telah mengumumkan keputusannya kepada media.

Tuchel sebelum ini dipujuk untuk kekal di Bayern setelah kelab itu tidak dapat mencari pengganti yang terbaik untuknya.

Bayern Munich telah cuba mendapatkan calon seperti Xabi Alonso dan Ralf Rangnick. Namun kedua duanya telah menolak. Seterusnya Bayern cuba memujuk Nagelsmann untuk kembali. Juga ditolak.

Minggu lalu, BILD melaporkan Bayern berminat mendapatkan pengurus Crystal Palace, Oliver Glasner. Namun Palace meminta €100 juta untuk pengurus itu.

Bayern mulai berunding semula dengan Tuchel untuk dia kekal sahaja di Bayern. Kontrak semasanya adalah sehingga 2025.

Pemain pemain Bayern seperti Neuer dan Muller benar benar mahu pengurus itu kekal. Dan percaya dia harus diberikan lebih masa di Bayern.

Rundingan berlaku antara Tuchel dan Bayern. Pengurus itu meletakkan syarat, Bayern harus mengemukakan kontrak baharu sekurang kurangnya sehingga 2026.

Tuchel tidak mahu menjadi pengurus batu loncatan untuk Bayern mendapatkan pengurus lain selepas 2025,

Tuchel sendiri mengesahkan ada rundingan dibuat. Namun kesepakatan gagal dicapai di antara beliau dan Bayern Munich.

Tuchel berkata: “Ini adalah sidang media terakhir saya sebagai pengurus Bayern Munich. Ada rundingan berlaku, namun kami gagal mencapai kesepakatan.

“Jadi keputusan pada Februari lalu masih kekal.”

Tuchel sebelum ini dipecat oleh Chelsea dan dilantik oleh Bayern – yang pada masa itu memecat Nagelsmann ketika pengurus itu sedang bercuti.

Musim ini Tuchel diberikan pemain seperti Harry Kane dalam skuadnya. Namun gagal untuk membantu Bayern menjuarai Bundesliga. Bayern terlepas kesemua piala dan menamatkan musim tanpa piala buat pertama kali selepas 12 tahun.

Walaupun begitu, reputasi Tuchel kembali naik apabila membantu Bayern ke separuh akhir Liga Juara Juara Eropah. Mereka disingkirkan Real Madrid di separuh akhir.

Bayern nampaknya akan meneruskan misi menari pengurus baharu. Dengan Eberl dan Freund dikatakan akan menghubungi Roberto de Zerbi dan Hansi Flick.

De Zerbi memang berada dalam senarai calon Bayern sejak beberapa bulan lalu. Namun tiada rundingan yang benar benar formal berlaku antara mereka.

Hansi Flick yang kini tidak berjawatan setelah dipecat oleh DFB sebagai pengurus kebangsaan Jerman dianggap sebagai salah seorang calon berkaliber.