TERKINI: UEFA Dan FIFA Terciduk, Mahkamah Benarkan Penganjuran European Super League

Florentino Perez pada tahun lalu sudah memberitahu media bahawa mereka akan menang menentang UEFA dan FIFA dalam isu penubuhan Liga Super Eropah – di mahkamah.

Perez ketika itu menuduh UEFA dan FIFA sebagai mafia bola sepak yang tidak mengalu alukan persaingan daripada pihak lain yang mahu menganjurkan liga bola sepak selain anjuran UEFA.

Liga Super Eropah awalnya berjaya mengumpul 12 pasukan yang dianggap pengasas bersama kepada liga itu. Namun penentangan penyokong membuatkan kelab kelab dari England menarik diri.

Kemudian beberapa kelab di Sepanyol turut menarik diri, begitu juga dengan di Itali. Akhirnya tinggal 3 kelab yang kekal dengan idea itu iaitu Real Madrid, Juventus dan Barcelona.

Perez menyatakan ESL ada hak untuk menyaman 9 pasukan yang menarik diri itu, namun mereka tidak melakukannya kerana menganggap kelab kelab itu telah diugut oleh mafia bernama UEFA.

3 kelab yang masih tinggal dalam ESL sebelum ini telah membawa kes ESL ke Mahkamah Keadilan Eropah untuk mencabar UEFA yang disifatkan mereka sebagai mengamalkan monopoli dan mengugut.

Ini selepas UEFA mengancam untuk mengharamkan kesemua pasukan yang beraksi dalam ESL daripada beraksi dalam UCL dan UEL.

UEFA sudah menganggap ESL sebagai projek yang sudah mati. Namun Florentino Perez menyatakan sebaliknya. Perez memberikan jaminan bahawa kelab yang menyertai ESL tidak akan kehilangan hak mereka untuk beraksi di UCL atau UEL atau liga domestik.

UEFA turut sudah mendenda 9 kelab yang menarik diri dari ESL  €15 juta secara terkumpul kerana menyertai projek tersebut.

Mereka juga setuju akan membayar denda lebih besar sehingga €150 juta jika berpecah ataupun menyertai projek ESL sekali lagi di masa akan datang.

Sererusnya, 6 kelab EPL yang sebelum ini menyertai gagasan ESL setuju membayar denda terkumpul £22 juta.

FIFA kemudian memutuskan untuk menyokong UEFA menentang idea Liga Super Eropah. Di mana pasukan yang bermain di ESL harus diharamkan daripada liga domestik di bawah UEFA dan pertandingan UEFA seperti UCL, UEL, UECL dan Piala Super Eropah.

Setelah UEFA mengumumkan bahawa mereka akhirnya menang menentang ESL. Perez dan sekutunya di Barca dan Juve kemudian menyatakan bahawa perjuangan belum selesai. Kerana mereka ada hak untuk melawan FIFA.

ESL mebawa kes ke mahkamah Eropah. Di mana hari ini telah mengesahkan UEFA tiada hak untuk menghalang ESL daripada dilangsungkan. Ianya boleh diadakan sebagai satu pertandingan bebas.

Mahkamah menyatakan, ESL harus dihormati dan berhak wujud jika ianya didaftarkan dengan cara betul.

Mahkamah Eropah turut membatalkan kesemua sekatan dan halangan oleh UEFA dan FIFA ke atas pertandingan ESL yang dibuat pada 2021.

Beberapa bulan lalu, Perez sudah menyindir UEFA yang menurutnya cuba mengharamkan ESL namun meniru idea ESL iaitu menambah jumlah pasukan dalam UCL dan merombak format pertandingan. Ianya merujuk kepada format baharu UCL yang akan bermula musim hadapan.

Di mana ada 36 pasukan bertanding dalam satu liga yang sangat besar.

Mahkamah tersebut turut mendapati ESL ada hujah yang kukuh membuktikan bahawa UEFA melakukan monopoli dan eksploitasi hak penyiaran yang boleh memudaratkan kelab eropah. Dan UEFA berterusan melakukan perkara yang membuatkan penyokong semakin hilang minat kepada bola sepak seperti kenaikan kos tontonan dan harga tiket yang langsung tidak dikawal.

ESL adalah satu idea di mana pembahagian keuntungan dianggap lebih telus dan bukannya berat kepada organisasi penganjur sahaja.

ESL dikatakan sedia memberikan akses tontonan bola sepak lebih luas kepada penyokong seluruh dunia berbanding dengan UCL.