TERKINI: UFC249 – Ferguson vs Gaetjhe Mei Ini

UFC mengumumkan bahawa acara UFC249 bagi perebutan juara interim kategori, di antara Tony Ferguson avs Justin Gaethje akan berlangsung pada 9 Mei hadapan.

UFC menyatakan acara itu akan dilangsung di di VyStar Veterans Memorial Arena in Jacksonville, Florida. Acara ini akan diadakan secara tertutup / arena tanpa penonton.

Hanya pegawai berkaitan dan petarung sahaja yang dibenarkan berada di dalam arena.

Presiden UFC, Dana White berkata: “Saya sudah tidak sabar untuk memberikan aksi terbaik kepada para peminat.”

“Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Bandar Curry, VyStar Veterans Memorial Arena dan Pengarah Eksekutif Florida State Boxing Commission, Patrick Cunningham kerana membolehkan perkara ini direalisasikan,” jelas Dana White.

“Kita sedang bergerak langkah demi langkah dalam aspek ekonomi. Dan kami berbangga dapat menganjurkan acara UFC di the Vystar Veterans Memorial Arena,” tegas Datuk Bandar Jacksonville, Lenny Curry.

“Kami rasa teruja apabila bandar kami akan menjadi tumpuan dunia daripada penganjuran acara UFC,” tambah Curry lagi.

Sebelum ini pertarungan UFC 249 dijadualkan pada 18 April 2020 melibatkan Khabib Nurmagomedov vs Tony Ferguson.

Namun begitu, petarung dari Rusia, Khabib Nurmagomedov terperangkap di negaranya dan tidak boleh keluar.

Khabib telah menyatakan beliau tidak mahu double standard dengan meminta pelepasan khas daripada kerajaan Rusia hanya kerana acara UFC.

UFC kemudian mengumumkan Justin Gaetjhe sebagai pengganti. Acara itu kemudian tetap tidak dapat diteruskan kerana isu kesihatan.

Akhirnya Dana White berjaya mendapatkan tempat yang terbaik untuk penganjuran UFC249.

Dan White terpaksa akur bahawa acara ini tetap hanya akan berlangsung di arena kosong tanpa penonton.

Jadi korang boleh melanggan PPV menerusi ESPN.

Baca yang lain