TERKINI: Unai Tolak Newcastle Kerana Tak Ada Hala Tuju Jelas

Unai Emery kini menjadi calon utama untuk mengisi kekosongan jabatan pengurus di Newcastle United. Selepas beberapa senarai dikeluarkan dikatakan kini cuma Unai Emery dan Eddie Howe yang dianggap calon utama.

Telegraph melaporkan bahawa pengerusi Newcastle, Yasir Al Rumayan sendiri yang menemuramah Unai Emery untuk jawatan pengurus di kelab tersebut.

Unai Emery sebelum ini pernah merasai bahang bola sepak Inggeris ketika menguruskan Arsenal. Dan sedia untuk kembali lagi.

Kali ini menyertai projek mega di Newcastle yang baru sahaja mendapat pemilik baharu yang kaya raya.

Dikatakan segala rundingan sudah berjalan lancar. Dan Unai Emery bakal diumumkan sebagai pengurus baharu sebelum aksi berdepan dengan Brighton pada Sabtu ini.

Namun berlaku plot twist apabila BBC melaporkan bahawa Unai Emery tiba tiba menolak tawaran tersebut.

Sumber Guillem Balague Hari ini menegaskan bahawa Unai Emery yang sebelum ini sudah sedia mengucapkan selamat tinggal kepada kelabnya Sevilla, hari ini menolak untuk menyertai Newcastle dan mahu kekal di Sepanyol.

Sumber yang sama melaporkan Unai Emery tidak yakin dengan projek di bawah pemilik baharu yang dikatakan tidak ada visi yang jelas. Mereka hanya memfokuskan isu kejayaan dalam padang seperti memenangi piala. Namun aspek lain seperti pembangunan pemain, DNA bola sepak pula tidak dibincangkan.

Balague menyatakan bahawa Unai Emery juga tidak menerima sebarang tawaran rasmi daripada kelab itu. Membuatkan beliau sedia untuk menolak tawaran Newcastle dan kekal di Villarreal.

Unai Emery turut tidak jelas tentang peranannya dalam beberapa perkara termasuk jual beli pemain dan scouting. Unai Emery dikenali dengan dirinya yang memiliki pasukan scouting sendiri walaupun pada masa yang sama tetap bekerjasama dengan scoutingi kelab.

Balague menambah: “Saya tak nampak rundingan ini akan dimeterai musim ini. Sebab Unai Emery tidak jelas dengan struktur dan visi kelab.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di