TERKINI: Uncle Ng Man Tat Meninggal Dunia Pada Usia 70 Tahun

Berita dari Hong Kong melaporkan pelawak legenda, Ng Man Tat telah meninggal dunia pada hjari ini pada usianya 70 tahun.

Ng Man Tat mengidap kanser hati dan sebelum ini dilaporkan telah berada dalam keadaan kritikal sehingga tidak dapat bercakap dengan orang lain.

Ng Man Tat sudah menjalani beberapa siri rawatan. Dan juga terpaksa melalui kimoterapi sejak dua bulan lalu.

Di media sosial ramai yang menzahirkan kesedihan mereka di atas berita tersebut.

Ramai yang mengucapkan terima kasih terakhir buat uncle Ng Man Tat yang pernah menghiasi masa kecil mereka satu ketika dahulu dengan jenakanya.

Salah seorang kenalan rapatnya, Tin Kai Man yang banyak meluangkan masa bersama Ng Man Tat dalam beberapa minggu ini memberitahu Standard HK bahawa Ng Man Tat meninggal dunia pada 5.14 petang hari ini di Union Hospital.

Isteri dan anak anaknya dilaporkan ada di sisinya ketika dia menghembuskan nafas terakhir.

Tin berkata: “Dia meninggalkan kita dengan tenang. Doktor telah cuba merawatnya yang termampu untuk menjadikan keadaan lebih baik. Dia meninggal dunia ketika tidur.”

Ng enggan memberikan komen tentang reaksi keluarganya, kerana menurutnya sesiapa sahaja akan sedih apabila orang sebaik uncle Ng pergi.

Ng Man Tat memulakan karier lakonannya seawal usia 22 tahun pada 1973.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini kondisi kesihatannya agak membimbangkan. China Org melaporkan uncle Ng Man Tat dimasukkan ke wad oncology di sebuah hospital di Hong Kong. Sekaligus membuatkan ramai bimbang Ng Man Tat mungkin mengidap barah.

Rakan terdekatnya, produser Tin Kai Man menyatakan bahawa Ng Man Tat didiagnosis dengan kanser hati pada akhir tahun lalu. Beliau banyak menerima rawatan di Macau. Akibat penyakitnya semakin kronik, maka Ng balik semula ke Hong Kong untuk mendapatkan rawatan susulan.

Tin Kai berkata: “Dia tak ada mood untuk berjumpa dengan sesiapapun, dia sekarang ini tidak boleh bercakap dan hanya berkomunikasi dengan isyarat tangan kerana sangat lemah selepas rawatan kimoterapi.”

Ng Man Tat mengidap kanser hati

Tin menyatakan bahawa, Ng Man Tat sebaliknya sudah didiagnosis dengan kanser lebih awal, cuma beliau tak mahu menghebahkannya kepada umum.

Ng kemudian merasa sakit lalu dia diarahkan ke Macau untuk ujian lanjut. Semasa ujian dijalankan, doktor mendapati ada ketumbuhan padanya.

“Dua bulan lalu, dia kembali ke Hong Kong untuk pembedahan dan kimoterapi. Sejak hari itu, dia banyak berada di hospital terutama sekali beberapa kali dia mengalami serangan sakit yang kritikal.”

Ng Man Tat tidak mahu media menulis tentang kondisinya kerana mahu mengelakkan perhatian umum yang terlalu banyak. Ng Man Tat mahu berehat dengan tenang.

Tin menambah: “Ada ketumbuhan dalam badan sentiasa menjadi perkara serius. Namun Ng tidak menganggap ianya ‘kematian’ malah dia melawannya dan baik baik sahaja. Cuma keadaan sekarang agak mendukacitakan.”

Ng Man Tat terkenal selepas memainkan pelbagai peranan klasik dalam banyak filem dan siri TV di Hong Kong dan di China, termasuk blockbuster sci-fi China “The Wandering Earth” dan banyak komedi popular yang diarahkan dan dibintangi oleh Stephen Chow, seperti King of Comedy, Shaolin Soccer dan banyak lagi.

Tanpa Ng Man Tat mungkin tiada era emas Stephen Chow?

Ng Man Tat dianggap sebagai pelakon pembantu yang menjadi gandingan pelengkap  untuk Chow mencapai era emas kerjaya lakonannya. Dan persembahan duo mereka begitu popular. Malah ada peminat menyatakan filem Stephen Chow akan dikira paling lengkap kalau ada Ng Man Tat di dalamnya.

Tetapi selepas “Shaolin Soccer” Chow pada tahun 2001, keduanya tidak pernah berpeluang untuk berkolaborasi bersama sama lagi dan dilaporkan sudah tidak begitu rapat seperti dahulu.

Semua kita tahu, Stephen Chow dalam beberapa tahun ini berdepan dengan masalah kewangan yang perlu diselesaikannya di mahkamah. Memang agak kasihan mendengarkan kisah duo ini sedang berdepan dengan masalah dan ujian hidup mereka ketika ini.

Impian uncle Ng dbawa bersamanya

Satu impian terakhir uncle Ng Man Tat adalah mahu berkolaborasi semula dengan Stephen Chow. Dan dia menyatakan impian itu hanya akan padam apabila dia meninggal dunia ataupun Stephen Chow sudah bersara.

Ianya menolak spekulasi kedua duanya sudah tidak sehaluan pada ketika ini kerana tidak lagi bekerjasama selepas Shaolin Soccer,

Ng tidak pernah menolak untuk bekerja dengan Chow lagi. Malah beliau menganggap itu sebagai impian yang tak akan padam.

Beberapa bulan lalu beliau menyatakannya sambil bergurau semasa wawancara TV : “Sentiasa akan ada harapan [untuk bekerjasama lagi], selagi saya belum mati dan dia belum bersara – selagi itu peluang itu sentiasa ada.”

Setelah mendengar berita penyakit Ng, Tin mengatakan bahawa Chow terus menelefon Ng Man Tat untuk mengetahui keadaan kesihatannya. Tin menambah bahawa isteri Ng sejak sudah tiba di Hong Kong dari Malaysia, dan anak-anaknya juga dalam proses untuk kembali bersamanya.

Pada awal tahun 2000, pelakon legenda itu didiagnosis menderita diabetes. Pada 2014, beliau pernah dikejarkan ke ICU berikutan serangan jantung yang disebabkan oleh jangkitan virus.

Semasa penampilannya dalam program realiti China “Trump Card,” Ng mendedahkan bahawa dia “belum sepenuhnya pulih “daripada masalah kesihatannya pada tahun 2014 dan mengatakan bahawa dia merasa seperti dia dah semakin hampir meninggal dunia, walaupun dalam nada berseloroh, namun hakikatnya peminat beliau sangat peduli tentang keadaannya.

Dan pada hari ini uncle Ng benar benar pergi selamanya. Terima kasih atas segala jasa kamu menghiburkan kami. Selamanya di ingatan.

 

Baca yang lain