Terkini: United Mahu Halang Young Ke Inter, Tawar Kontrak Setahun

Sky Sports melaporkan bahawa Manchester United mahu menghalang perpindahan Ashley Young ke Inter Milan dengan menawarkan kontrak setahun lagi kepada pemain itu.

Sebelum ini Man United sudah mengaktifkan klausa tambahan setahun pada kontrak Young. Dan ini mereka menawarkan setahun lagi kepada kapten mereka itu.

Laporan di Itali sebelum ini menyebut Ashley Young sudah bersedia untuk menyertai Antonio Conte di Inter Milan.

Beliau mahu menjadi sebahagian daripada pasukan bimbingan Antonio Conte.

Namun Ole Gunnar Solskjaer tidak mahu membincangkan perpindahan pemain itu.

Ole Gunnar Solskjaer masih memerlukan Ashley Young di dalam pasukan beliau.

Antonio Conte mahu menjadikan Ashley Young sebagai wingback di dalam sistem back 3 Inter Milan. Sama seperti peranan Victor Moses satu ketika dahulu di Chelsea.

Conte ingin  menguatkan lagi pasukan dalam usaha mereka mahu merampas kejuaraan Serie A dari bekas kelabnya, Juventus.

Ashley Young merupakan pemain paling lama berkhidmat di dalam pasukan United, di dalam pasukan yang ada pada hari ini.

Beliau menyertai United pada 2011, era Sir Alex Ferguson dan sudah bermain dengan beberapa pengurus berbeza.

Ole ketika ditanya tentang potensi ada pemain yang akan keluar, merujuk kepada laporan oleh Calcio Mercato dan Gianluca di Marzio di Itali.

Ternyata Ole tidak berminat bercakap tentangnya.

Malah Ole suruh wartawan tanya Young tentang perkara itu.

Hari ini Di Marzio menyatkan perpindahan Young sangat hampir untuk dimeterai. Dan menunggu persetujuan akhir daripada United.

https://twitter.com/utdxtra/status/1215227741009776640

United bertindak dengan cuba meyakinkan pemain itu untuk terus kekal dengan menawarkan kontrak baharu kepada Ashley Young.

Keadaan ketika ini agak rumit kerana Gianluca Di Marzio turut melaporkan Ashley Young mungkin akan mendesak perpindahan ini dengan mogok.

https://twitter.com/ManUnitedTalk/status/1215232937077149696

Young juga dilaporkan baru sahaja menolak tawaran itu dan mahu Solskjaer menerima tawaran daripada Inter Milan itu untuk beliau pergi pada Januari ini juga.

Antonio Conte mahukan pemain veteran dan serba boleh Manchester United itu diserap ke dalam pasukannya.

Jika Young ke Inter Milan, beliau akan menjadi pemain ketiga dari Man United menyertai Inter musim ini selepas Lukaku dan Alexis Sanchez.

Ole keberatan melepaskan Young kerana squad depth sekarang ini. Ini kerana beliau buat masa ini tidak mendapat sebarang bayangan tentang dana perpindahan.

Beberapa minggu lalu laporan menyatakan Ole sudah bertemu dengan Woodward tentang sasaran perpindahan.

Nmun ia untuk perpindahan musim hadapan.

Siapa tahu ada dana khas kecemasan untuk Ole pada Januari? Dan rasanya beliau perlukannya untuk memperkuatkan pasukan. Dengan ketiadaan pemain seperti Pogba yang cedera.

Apa pula pandangan korang? Patut tak United lepaskan Young sekarang? Ataupun tawarkan kontrak?

Ataupun biarkan Young kekal tanpa tawarkan sebarang kontrak. Kekal dengan kontrak yang ada?

Pening…

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di