TERKINI: Van De Beek Mahu Keluar Dari Old Trafford

Donny Van De Beek dilaporkan bakal mengadakan pertemuan penting dengan Ed Woodward untuk membincangkan masa depannya dengan Manchester United. Menurut laporan pemain tersebut mahu meninggalkan Man United pada akhir musi ini.

Pemain antarabangsa Belanda itu ditandatangani Man United dengan nilai £40 juta dari Ajax pada awal musim ini. Namun beliau bergelut untuk meyakinkan Ole Gunnar Solskjaer. Van De Beek hanya memulakan perlawanan sebanyak 2 kali dalam liga dan hanya bermain 11 kali secara keseluruhan dalam semua pertandingan.

Kekurangan minit perlawanan membuatkan kedudukannya di dalam skuad kebangsaan terancam untuk beraksi dalam pasukan utama Belanda yang akan bermain dalam Euro.

Oleh itu, salah satu cara terbaik beliau adalah pergi ke kelab lain untuk mencari minit perlawanan.

Van De Beek merasakan beliau tidak diperlukan oleh Man United dan meminta penjelasan kenapa beliau tidak dipandang oleh Ole Gunnar Solskjaer? Walapun United kehilangan Paul Pogba sekalipun, Van De Beek masih gagal mendapatkan lebih banyak minit perlawanan.

Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini menyatakan bahawa beliau tidak boleh menyatakan Van De Beek gembira di United. Namun Ole menegaskan bahawa, Van De Beek perlu menunjukkan bahawa beliau pemain paling layak beraksi di tengah berbanding dengan beberapa pemain lain yang ketika ini lebih baik daripada beliau.

Van De Beek memang bukan dalam senarai pemain yang paling dikehendaki oleh Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini. Malah laporan pada awal musim menyebut bahawa, Ole terlepas kesemua sasaran utamanya. Dan diberikan pemain daripada pilihan alternatif.

Jadi tidak hairan Ole merasakan bahawa Van De Beek kurang sesuai dengan sistem beliau dan pastinya ia memerlukan masa untuk pemain tersebut mendapatkan rentak yang dikehendaki pasukan berdasarkan corak permainan mereka.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di