TERKINI: Vidal Dan Suarez Sedang Bincang Dengan Kelab Serie A

Selepas Ivan Rakitic, kini dua lagi pemain Barcelona dikatakan sedang menuju jalan keluar.

Ianya selepas mereka diberitahu Ronald Koeman bahawa mereka sudah tidak ada masa depan lagi di Barcelona.

Arturo Vidal dan Luis Suarez antara pemain yang dalam senarai itu.

Arturo Vidal bakal gabung semula dengan Antonio Conte

Arturo Vidal dilaporkan sedang berbincang dengan Inter Milan. Sebelum ini Inter Milan terlepas daripada mendapatkan Sandro Tonali.

Ini selepas deal tersebut kena hijack oleh jiran dan musuh tradisi mereka, AC Milan.

Sandro Tonali dikatakan lebih tertarik dengan AC Milan kerana polisi di Inter Milan yang lebih gemar dengan pemain yang sudah berusia dan stabil.

Agak mengejutkan kerana Inter Milan sebelum ini dikatakan sangat hampir untuk mendapatkan Tonali. Juventus sendiri menarik diri daripada persaingan selepas Pirlo dimaklumkan sangat mustahil untuk mendapatkan Tonali.

Ini kerana pemain tersebut sudah sangat hampir dan sudah mencapai persetujuan lisan dengan Inter beberapa bulan lalu lagi.

Jadi, Inter Milan kini menumpukan sepenuh usaha mereka untuk  membawa masuk Arturo Vidal. Pemain yang pernah berada dalam senarai dikehendaki Conte sebelum ini.

Vidal dan Conte pernah bekerjasama di Juventus satu ketika dahulu ketika era revolusi Juventus selepas era kejatuhan kerana calciopolli.

Seorang lagi bintang Barcelona, Luis Suarez pula dikaitkan dengan Juventus.

Gianluca Di Marzio melaporkan bahawa Luis Suarez sudah mencapai kesepakatan dengan Juventus untuk terma dan kontrak peribadi.

Inter Milan juga dikatakan memang sedang mencari perpindahan free agent untuk dibawa masuk.

Suarez bincang dengan Juventus

Pemain antarabangsa Uruguay itu dianggap sebagai salah seorang no.9 terbaik dalam generasinya. Namun beliau sudah menuju ke fasa akhir kariernya.

Juventus yakin Suarez masih ada lagi bisa pada dirinya untuk bermain di dalam pasukan mereka.

Juventus akan dikendalikan pengurus baru iaitu Andrea Pirlo pada musim hadapan.

Juventus berusaha serius untuk merealisasikan perjanjian ini.

Jika ianya dapat dimeterai, maka kita akan menyaksikan Luis Suarez dan Girgio Chiellini akan bermain dalam satu pasukan pula selepas insiden gigitan pontianak ketika Piala Dunia 2014.

Namun kedua duanya sudah ok la, dah lama pun berbaik baik.