Pemain muda Sepanyol, Martin Zubimendi tidak mahu menyertai Liverpool. Melengkapkan kisah setiap jendela perpindahan itu pasti akan ada pemain tentang yang menolak tawaran Liverpool.
Sebelum ini Liverpool di-reject oleh Jude Bellingham, kemudian, Caicedo dan Lavia. Membuatkan mereka membuat pembelian panik mendapatkan Wataru Endo.
Zubimendi adalah pemain muda berbakat besar yang menjadi tumpuan banyak kelab besar yang lain.
Jadi Liverpool menggiatkan usaha mendapatkan pemain tersebut yang dilaporkan ada klausa pelepasan dalam kontraknya.
The Reds sudah sedia untuk mengaktifkan klausa pelepasan pemain tersebut dari Real Sociedad yang dilaporkan sekitar €55 juta.
Segalanya terpulang kepada Zubimendi untuk memberitahu kelab bahawa dia mahu ‘membeli’ klausa pelepasan tersebut. Zubimendi kemudian menyidai Liverpool agak lama.
Dipercayai pemain itu mulai berbincang dengan Real Sociedad tentang dia sebenarnya masih kata dua.
Real Sociedad berjaya memujuk Zubimendi untuk melupakan tawaran dari Liverpool dan kekal di kelab itu.
🚨🔴 Martín Zubimendi has rejected Liverpool with formal communication to the club tonight.
Real Sociedad efforts to keep Zubi crucial to make it happen, he’s staying with new deal also ready soon.
Zubimendi informed Richard Hughes tonight, as @relevo reported. pic.twitter.com/sLU7S0Qfma
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 12, 2024
Menurut Fabrizio Romano lagi pemain itu ada semangat cinta yang kuat kepada Sociedad. Oleh sebab itu dia sebelum ini pernah menolak tawaran daripada Bayern Munich dan Arsenal.
🚨⛔️ Martín Zubimendi rejects Liverpool after he did the same with Bayern and Arsenal opportunities in the recent years.
Unconditional love for Real Sociedad, as he’s staying; open to signing new deal.
Contract proposal from Sociedad way lower than Liverpool’s contract bid. pic.twitter.com/ohL6juOs5l
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 12, 2024
Liverpool benar benar terdesak mahu menambah pemain untuk menguatkan pasukan di bawah era baharu Arne Slot. Setakat ini jendela perpindahan di Anfield benar benar sunyi ketika pasukan seteru mereka rancak memperkenalkan pemain baharu.
Bagi Zubimendi dia lebih memilih untuk terus kekal di Sociedad. Dan hanya akan memikirkan soal berpindah ke kelab besar pada musim musim mendatang, tetapi bukan musim ini.
Liverpool kini memiliki pemain tengah seperti Alexis Mac Allister, Wataru Endo, dan juga Dominic Szoboszlai yang berada dalam senarai pasukan utama. Thiago Alcantara pula sudah tidak bersama dengan mereka dan sudah pun bersara.
Musim lalu Klopp kerana menggunakan Trent Alexander Arnold di bahagian tengah. Musim ini Liverpool pasti sedar bahawa mereka akan berdepan masalah Squad depth yang nipis di tengah.
Adakah Liverpool akan membuat pembelian daripada pilihan kedua sekali lagi selepas ini?