Terlalu Malu, Punca Spurs Pecat Pengurus Interim Dan Cari Interim Baru

Kekalahan 6-1 di tangan Newcastle baru baru ini dianggap keputusan sangat memalukan.

Dan Spurs memutuskan untuk memecat pengurus interim mereka, Cristian Stellini.

Perlantikan Stellini sebagai interim sebelum ini turut menjadi tanda tanya. Memandangkan Stellini merupakan salah seorang staf kejurulatihan Antonio Conte yang dipecat pada 26 Mac lalu.

Conte dipecat selepas mengkritik secara terbuka  kelab dan pemilik kelab.

Stellini menggalas tugas interim sementara kelab mencari pengurus tetap.

Namun malangnya, dan perkara yang agak rare mendengar interim dipecat sebelum kehadiran pengurus baharu.

Biasanya interim akan menyerahkan tugasan mereka kepada pengurus tetap yang baharu.

Namu Stellini tidak sempat merasai pengalaman itu di Spurs kali.

Semalam Football London melaporkan bahawa, Spurs membincangkan soal pemecatan Stellini selepas dimalukan Newcastle.

Pengurus itu dianggap bertanggungjawab sepenuhnya di atas kekalahan memalukan itu.

5 gol dalam masa 21 minit. Dengan Stellini menggunakan sistem back 4 membuatkan kelab bengang dengannya.

Spurs masih berusaha mencari interim yang baharu. Dengan nama Harry Redknapp dicanang sebagai interim baharu kelab itu sementara menunggu  kehadiran pengurus baharu.

Fabrizio Romano turut melaporkan bahawa bekas interim Spurs sebelum ini, Ryan Mason merupakan calon pilihan utama.

Ramai nama besar dikaitkan. Ini termasuk Julian Nagelsmann, Zinedine Zidane dan bekas pengurus Spurs sendiri iaitu Mauricio Pochettino.

Siapakah nama besar yang akan mengisi kerusi panas di Stadium Spurs?