Masa depan Ole Gunnar Solskjaer panas dibincangkan selepas kekalahan memalukan di tangan Liverpool.
Fabrizio Romano melaporkan bahawa Man United mahukan Antonio Conte menggantikan Ole Gunnar Solskjaer.
Namun selepas satu mesyuarat tergempar dibuat, Ole terus mendapat sokongan daripada beberapa lembaga pengarah tertinggi kelab termasuk bekas pengurus legenda mereka, Sir Alex Ferguson.
Lantas, Ole dikatakan diberikan 3 perlawanan untuk menyelamatkan nasibnya daripada dipecat.
Bermula daripada aksi berdepan Spurs diikuti Atalanta dan kemudian Man City.
Ianya akan menjadi minggu minggu yang sangat penting buat Ole.
Manchester United internal talks. Main part of board [Sir Alex Ferguson too] wants to give Solskjær another chance to be in charge for Tottenham game. 🔴 #MUFC
Pressure still high around Ole. No official talks with Antonio Conte – but he’d accept the job in the next days too. pic.twitter.com/Z5pPEfp7GG
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 26, 2021
Terbaru, laporan oleh Mark Odgen menyatakan bahawa sebenarnya, ahli lembaga pengarah Man United bertelagah dalam soal perlantikan Conte.
Hal ini kerana ada beberapa ahli lembaga pengarah tidak sukakan Conte yang dijangka akan meminta dana perpindahan yang besar daripada Man United.
Ini selepas kelab tersebut membelanjakan wang yang sangat besar dalam beberapa musim ini tetapi hasilnya di atas padang sangat menghampakan.
Conte juga meminta kuasa penuh dalam perpindahan pemain.
Selain itu ada lembaga pengarah yang menganggap perlantikan Conte akan memakan kos yang besar dari segi kontrak dan juga pembayaran staf kejurulatihan.
Bukan itu sahaja, reputasi Conte dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang sangat berani mengkritik pengurusan tertinggi juga kurang disenangi oleh beberapa ahli lembaga pengarah.
Namun mereka tidak membuang nama Conte daripada senarai calon. Kerana Conte dan beberapa nama lain seperti Mauricio Pochettino dan Brendan Rodgers turut berada dalam senarai untuk menggantikan Ole Gunnar Solskjaer jika pengurus itu dipecat