Terpaksa Tipu Isteri Dan Berjalan 100km Jual Buah Pinggang Demi Sesuap Nasi

Ketika darurat kesihatan pada hari ini, ramai yang terasa kesannya. Ini kerana tak semua yang boleh menikmati gaji penuh ataupun ada pendapatan pada bahagian tertentu pada setiap bulan.

Ada yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, dan mereka sangat terkesan.

Di Indonesia, seorang ayah bernama Frans Larry Oktavianus, dilaporkan nekad untuk menjual buah pinggangnya selepas kehilangan punca pendapatannya pada ketika ini.

Lebih pilu, Larry sanggup untuk berjalan sehingga 100km dengan tergantung satu kadbod pada lehernya menyatakan dia sanggup menjual buah pinggangnya bagi menyara empat orang anaknya.

Di punggung dan dadanya terdapat selembar poster bertulis tangan. Di poster itu tertulis:

‘Berkah Dalem, maaf saya Frans Larry O ingin jual ginjal untuk nafkahi keluarga saya, melunasi hutang, pendidikan, kesehatan, tempat tinggal, makan agar keluarga saya tak diremehkan. Maaf saya bukan mengemis’.

Bagi Larry apa yang penting anak anaknya dapat makan dan terus hidup. Tidak kisah la risiko apa sekali pun dia akan ambil.

Tindakan Larry itu ternyata mengejutkan ramai pihak terutama sekali penduduk di Dusun Karangasem. Salah seorang rakannya, Ngering Jogonalan tidak menyangka kawannya, Larry sanggup mengambil tindakan nekad itu.

Ketua Desa RW 4 Ngering, Kabupaten Jogonalan, Heru Utomo memberitahu: “Larry ada 4 orang anak, dan kesemuanya masih kecil.”

“Paling muda seorang bayi dan yang paling sulung baru tingkatan 3,” katanya.

“Larry bukan berasal dari Klaten, tetapi dia sebenarnya berasal dari Jakarta, tetapi berkahwin dengan seorang wanita tempatan. Larry kemudian memilih untuk tinggal di kampung ini bersama isteri dan anak-anaknya.”

Larry bekerja sebagai pencuci kereta dan motosikal di bandar Yogyakarta, wilayah tengah di pulau Jawa Indonesia, manakala isterinya pula seorang suri rumah.

Keluarga Larry sudah memohon bantuan kerajaan. Dan ianya di dalam proses pada ketika ini. Namun sehingga sekarang bantuan itu belum sampai.

Larry yang buntu dan terdesak untuk mencari sesuap nasi buat keluarganya telah memutuskan untuk menjual buah pinggangnya.

Ketika meninggalkan rumah, Larry tidak menyatakan sama sekali apa yang dilakukannya kepada sang isteri. Bercakap kepada Tribun Solo, isterinya Santi mendedahkan, suaminya memberitahu dia nak bertemu dengan Gubernur Jawa Tengah iaitu Ganjar Pranowo, bagi meminta bantuan kebajikan.

Saat suaminya nak meninggalkan rumah, Santi hanya mendoakan agar suaminya dipermudahkan urusan dan segera pulang.

Isterinya hanya mendapat tahu perbuatan suaminya itu selepas tular di media sosial tentang gambar dia sedang berjalan dengan kadbod.

Larry buntu

Ketika ditemuramah oleh wartawan, Larry menyatakan dia digantung sementara dari kerjanya kerana situasi L0CKD0WN pada ketika ini.

Larry berkata: “Saya ingin ke Semarang, kalau boleh ingin bertemu gubernur tapi saya yakin beliau juga banyak kerja.”

Dengan linangan air mata, Larry mengatakan bahawa ginjalnya akan dijual untuk memenuhi keperluan keluarga dan anak-anak. Dia mengaku memiliki empat anak, dan isterinya kini juga tidak bekerja.

“Anak saya empat, satu sudah tidak sekolah. Istri tidak kerja sebab ada si kecil,” terang Larry.

Wang gajinya sebelum ini sudah habis. Di mana gaji terakhirnya hanta 300,000 rupiah ataupun sekitar RM85.00.

“Wang itu sudah habis. Padahal anak isteri saya harus makan,” ucap Larry.

Larry mengaku memilih untuk berjalan kaki agar bertemu dengan orang yang benar-benar ingin membeli ginjalnya.

“Pokoknya saya ingin bertemu orang yang benar-benar memerlukannya. Harganya berapa saya tidak tahu sebab hanya itu yang berharga dan masih tersisa dari diri saya,” ucap Larry sambil menitiskan air matanya.

Larry mengaku isteinya melarangnya namun dia tetap nekad. Sebab dia memikirkan nasib keempat anaknya untuk makan sehari-hari.

“Kalau tindakan saya melanggar undang-undang, sila tunjukkan di mana, dan apa solusinya,” lanjut Larry.

Dia juga mengaku tidak menerima bantuan saat pandemik di wilayahnya. Permohonannya sudah dihantar dan diproses namun masih belum ada tanda tanda ia akan diterima.

“Cuma didata sahaja dan belum jelas sama ada ia lulus atau tak. Padahal anak dan istri saya perlu makan sekarang ini.”

Sumber: Jateng Tribun

Baca yang lain