Terpengaruh Money Heist, Tapi Tersekat Pada ATM & Minta Bantuan Polis

Pada ketika ini, drama bersiri Money Heist sangat popular. Dan ramai merasakan pekerjaan merompak ban itu cool. Ada juga yang mencuba mesin ATM.

Ianya adalah cara mudah untuk mendapat wang segera. Namun pastinya memerlukan perancangan teliti.

Di India seorang lelaki sudah merancang rompakan dengan teliti dan cuba memecahkan mesin ATM dari dinding belakang.

Dia menunggu masa yang sesuai untuk melaksanakan perancangan tersebut secara solo, tanpa memerlukan Tokyo, Berlin atau Rio sekalipun.

Malangnya usahanya itu memakan diri, apabila dia tersekat di dinding ATM. Kejadian itu berlaku di Aniyapuram di Namakkal — menurut laporan Times of India.

Paling rare, dia turut meminta bantuan polis untuk membebaskannya, jauh sekali nak bertembak dengan polis.

Lelaki itu bernama Upendra Roy berusia 28 tahun. Melakukan rompakan itu pada Khamis lalu di sebuah pondok ATM yang berkunci.

Orang ramai yang mendengar bunyi pelik dari ATM tersebut telah menghubungi pihak polis.

Polis melaporkan bahawa Upendra berjaya memecahkan dinding ATM dan cuba memecahkan ATM itu menggunakan batu bata.

Malangnya dia gagal melakukannya kerana tersekat pada dinding.

Upendra meronta ronta dam meminta bantuan daripada polis. Polis dengan berbesar hati membantunya dan kemudian membawanya ke balai.

Saksikan detik kegagalan itu di sini:

BACA JUGA: Pencuri Tertidur Dan Mengigau Ketika Mencuri…. Rumah Itu Rupanya Milik Pegawai Polis

Seorang pencuri berusia 22 tahun di Thailand telah kantoi dan ditangkap dengan cara semudah ABC.

Mana tidaknya, dia telah melakukan salah satu kesalahan pemula paling bodoh yang pernah dilakukan seorang pencuri. Di mana dia tertidur di rumah tempat dia mencuri.

Bagaikan jatuh ditimpa tangga, rumah itu adalah rumah pegawai polis, memang teruk betul.

Teringat cerita P Ramlee yang berpakaian seperti pencuri masuk ke rumah pak cik yang ada anak saudara polis. Tapi masa tu team Do Re Mi nak jual berus gigi la.

Sambung cerita…

… netizen di Thailand menganggap dia adalah pencuri paling teruk dalam sejarah negara Thailand.

Pada 22 Mac 2021, seorang pemilik rumah di wilayah Phetchabun tengah bangun pada waktu pagi dan mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali sedang tidur di bilik tidur milik anak perempuannya.

Pencuri itu rupanya masuk ke rumah pada pukul 2A.M. pada waktu pagi, dan telah mula merembat beberapa barang berharga sebelum merasa mengantuk.

Oleh kerana rasa nyaman daripada penghawa dingin di dalam bilik itu, dia mulai berbaring seketika untuk menikmati sejenak. Malangnya, dia terus tidur sampai ke pagi. Ni jenis mudah lena ni.

Memandangkan anak perempuannya tiada di rumah masa itu, pegawai polis itu kehairanan apabila mendapati alat penyaman udara di bilik itu dibuka. Dia kemudian masuk ke bilik untuk memeriksa dan juga mahu menutup penghawa dingin itu.

Terkejutnya dia, melihat seorang lelaki yang sudah bersedia nak melarikan barang yang dicurinya sedang tertidur lena.

Pemilik rumah itu tanpa gentar, selaku polis, telah berteriak dan menyuruh pencuri bangun. Lebih barai, pencuri itu terbangun dalam keadaan mamai dan bingung melihat sekitarnya – siap berselimut bagai. Dia pun tak tahu dia di mana pada masa tu. Mengigau la tu.

Dia terpinga pinga dan dalam keadaan separuh sedar.

Pencuri itu dibawa ke balai dan dikenakan beberapa pertuduhan termasuk mencuri, pecah rumah.

Ini adalah petanda bahawa dia memang tidak ada bakat dalam profesion mencuri. Apa lagi cari kerja lain yang lebih baik. Dan ingat, di dalam tu, sabun jatuh jangan kutip pulak.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.