Chelsea, bersama beberapa pihak berkuasa bola sepak, kini sedang menyiasat aktiviti Terry berhubungan dengan NFT yang dipromosikan oleh bekas kapten England itu di media sosial. Terry dan rakannya seperti Ashley Cole kini sedang giat mempromosi NFT dengan menarik lebih ramai pemain bola sepak untuk menyertai mereka.
Chelsea, Liga Perdana (PL) dan UEFA sedang menyiasat penjualan karya seni yang dipromosikan di media sosial oleh legenda Blues John Terry. Perkara itu boleh membuatkan Terry kehilangan kerjanya di Chelsea.
The Blues baru-baru ini melantik semula Terry dalam peranan perunding akademi kelab tetapi kelab tidak terlibat dalam penjualan NFT (token tidak boleh digunakan – Non Fungible Token) melalui akaun media sosialnya.
Boleh jadi penggunaan logo kelab, baju dan trofi dalam karya seni yang dengan gambar monyet untuk tujuan keuntungan adalah melanggar hak cipta UEFA, Persekutuan Bola Sepak Inggeris (FA) dan juga Liga Perdana Inggeris.
Premier League sudah melantik peguam mereka untuk mendapatkan nasihat guaman berkenaan dengan perkara tersebut. Seterusnya akan mengambil tindakan ke atas Terry yang menggunakan logo EPL, logo kelab Chelsea dan juga replika piala EPL.
👀 John Terry isn't the only one falling foul either…
— SPORF (@Sporf) January 27, 2022
Chelsea juga boleh mengenakan tindakan kepada Terry kerana menggunakan logo kelab mereka sewenang wenangnya untuk menjana keuntungan. Namun buat masa ini Chelsea agak bertenang tentang perkara tersebut. Mungkin kerana masih menghormati Terry sebagai kapten paling berjaya dalam sejarah kelab mereka.
Ramai bekas pemain dan juga pemain yang ada sekarang, telah memberikan sokongan mereka untuk projek yang dijalankan melalui Ape Kids Club, dan mencipta avatar monyet daripada profil mereka.
Ashley Cole, Willian, Reece James, Marco Verratti, Tammy Abraham, Ashley Cole dan Nigel de Jong semuanya telah menulis tweet mengenai penglibatan mereka.
Only right Tam! @tammyabraham
🏆⚽️ https://t.co/9QGczayul7— John Terry (@JohnTerry26) January 26, 2022
Welcome to the gang! @willianborges88 🇧🇷 https://t.co/3tjsAUm7X9
— Nigel de Jong (@NDJ_Official) January 24, 2022
UEFA adalah satu-satunya badan bola sepak yang mengeluarkan kenyataan, berkata: “UEFA memandang serius perlindungan hak harta inteleknya dan kami sedang menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut.”
Ape Kids Club dan pengarahnya “@_JSNFT” telah dihubungi oleh GOAL untuk mendapatkan maklum balas tetapi masih belum membalas.
Apakah sebenarnya NFT?
NFT ialah aset digital berdasarkan teknologi blockchain, yang turut menyokong mata wang kripto seperti Bitcoin.
Dengan mata wang kripto berfungsi sebagai alternatif yang tidak terkawal kepada perdagangan saham, NFT beroperasi seperti menjual kad dagangan walaupun hanya dalam ruang digital.
Ini boleh membenarkan pemilik asal kerja itu menjana wang, dengan imej yang dijual mempunyai kod digital yang unik supaya ia tidak boleh direplika, ditiru dan dicetak rompak daripada pemiliknya.
John Terry possibly getting in trouble for hawking NFTs depicting the Champions League trophy is the universe’s revenge for the full-kit wanker saga https://t.co/dFOteAhVtI
— Kris Holt (@krisholt) January 27, 2022
Bintang WWE John Cena, artis Paris Hilton dan penyanyi rap Eminem hanyalah beberapa daripada banyak selebriti yang mempromosikan NFT, dengan pemain bola sepak kini mengikut jejak mereka.
Walau bagaimanapun, pengkritik telah memberi amaran bahawa orang ramai boleh kehilangan wang mereka dengan melabur dalam NFT, memanggil fenomena itu sebagai gelembung spekulatif.
Terry pada asalnya mempunyai hubungan dengan Bored Apes Yatch Club dan kini lebih terlibat dalam Ape Kids Club, yang berdagang di platform dagangan OpenSea NFT.
John Terry sudah memberikan respon kepada artikel Telegraph dengan menyindir penulis tersebut; “Kalau Sam yang tulis mesti betul la ni.”
Must be true if Sam has written it…
Absolutely plum.— John Terry (@JohnTerry26) January 26, 2022
Tetapi The Athtletic turut melaporkan perkara yang sama, bagaimana John Terry kini berdepan dengan isu hak cipta dan boleh kehilangan jawatannya di dalam kejurulatihan Chelsea kerana menggunakan logo kelab tanpa kebenaran.
🚨 UEFA and Chelsea are investigating the sale of an NFT being promoted by John Terry which uses the club’s badge and intellectual property.
(Source: @TheAthleticUK) pic.twitter.com/6BbHmLDogL
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) January 26, 2022