Tersentuh Dengan Cerita $7 Petarung MMA Dari Zimbabwe, The Rock Hadiahkan Dia Sebuah Rumah

Dwayne ‘The Rock’ Johnson membuktikan bahawa dia manusia yang sangay baik hati. Di mana dia telah menghadiahkan seorang petarung UFC dari Zimbabwe sebuah rumah di Miami.

Themba Gorimbo, 32, adalah petarung UFC kelas welterweight. Dia memilikin rekod 11-4-0, dengan kebanyakannya dicatatkan di EFC (Extreme Fighting Championship).

Themba memiliki kisah yang membuatkan The Rock sangat tersentuh hati dan kagum. Di mana pada usia 16 tahun dia sudah mulai pergi bekerja menggali berlian secara haram. Ibunya meninggal dunia ketika dia berusia 9 tahun. Dan ayahnya meninggal dunia pada usianya 13 tahun.

Hidup tanpa bimbingan ibu bapa bukan perkara yang mudah baginya. Senang sahaja dia terjebak dalam perkara yang tidak elok.

Namun dia seorang yang cepat matang dan mahu menjadi seorang petarung MMA.

Gorimbo membuat debut tahun ini ditewaskan oleh AJ Fletcher pada Februari. Namun pada Mei, dia menikmati kemenangan pertama di UFC dengan kemenangan ke atas Takashi Sato.

Selepas memenangi pertarungan itu, dia menjual kesemua peralatan pertarungannya dan meraih sekitar $7,000 dari UFC.

Dia menghantar kesemua bonus kemenangan itu ke kampungnya di Zimbabwe. Dan menggunakan wang hasil lelongan barangan UFC dia untuk terus hidup di AS.

Dia menghantar wang ke Zimbabwe kerana mahu membantu orang kampungnya menikmati sumber air bersih.

Kisah pengembaraan $7

Dia pernah berkongsi cerita, pada satu ketika di AS, dia pernah cuma ada $7.49 dalam buku akaunnya.

Kisah itu telah menyentuh hati The Rock dan mahu membantu petarung itu. Kerana secara kebetulan, The Rock pernah ada pengalaman hanya ada $7 dalam akaun dan tidur di dalam kereta ketika dia mula cuba mencipta nama dalam dunia gusti WWE.

Gorimbo menceritakan detik dia cuma ada $7.49 di dalam akaun dan The Rock datang dari belakang. Dan petarung itu benar benar teruja melihat The Rock mengunjunginya.

Dia membawa The Rock ke bilik dia menyewa buat sementara. Kerana dia memang bercadang mencari rumah sewa tetapi dia mengutamakan orang kampungnya dahulu.

Di situ The Rock melihat dia tidur di atas sofa dengan ada nota kata kata semangat agar dia menjadi juara.

Nota itu mengingatkan bahawa dia berjuang bukan untuk diri sendiri namun juga untuk keluarga dan masyarakatnya.

The Rock kemudian mengajaknya untuk pergi ke rumah kawan. Yang sebenarnya rumah itu akan diberikan kepada Gorimbo.

Tiba di rumah tersebut dia melihat sekeping gambar atas meja. Dai dia ingatkan itu adalah gambar Sadio Mane. Kemudian baru dia perasan itu gambar dia bersama isteri dan anak anaknya.

Dia mulai hilang kawalan emosi. The Rock kemudian mengucapkan: “Saya nak menatap kamu dan berkata, selamat pulang ke rumah”.

Gorimbo terharu dan tak henti henti mengucapkan terima kasih dan memeluk The Rock. Dia bertekad akan menjadi juara sebagai membalas kepercayaan The Rock.

Gorimbo ternyata sangat gembira memiliki rumah yang sangat cantik itu. Dan berkata dia sebenarnya memang mahu membeli rumah untuk dia dan keluarganya. Memandangkan The Rock sudah membelikannya rumah, dia akan membina sebuah rumah untuk didermakan di Zimbabwe kelak.

The Rock menegaskan dia sangat terharu dengan cerita $7 Gorimbo itu. Dan berharap Gorimbo akan tidur selesa dan membawa anak dan isterinya tinggal di situ.

The Rock menaikkan tweet: “Selamat pulang Themba Gorimbo, kepada kamu dan keluarga kamu semoga kamu menyukai rumah baharu kamu brader.”

“Lampu dah menyalah, bil sudah dibayar. Simpan ‘My Reason’ dekat dekat di hati kamu, terus prihatin dengan masyarakat kamu. Saya berbesar hati untuk memainkan peranan sangat kecil dalam pengembaraan $7. $7. Saya pun pernah melaluinya.”

Saksikan di sini je: