Tersingkir Ke Pusingan Akhir Nations League, Southgate Kekal Optimis Dengan Barisan Mudanya

England gagal mengulangi pencapaian edisi sebelumnya apabila tersingkir di peringkat kumpulan di kejohanan Nations League.

England menamatkan kumpulan A2 di tangga ke-3 dari 4 pasukan. Pada edisi sebelum ini setiap kumpulan mempunyai 3 pasukan, kini ditambah menjadi 4 pasukan.

Skuad Gareth Southgate kalah kepada Belgium sebelum menumpaskan Iceland. Pada minggu antarabangsa sebelumnya mereka merekod catatan buruk apabila tumbang kepada Denmark.

Harry Maguire dilayangkan kad merah ketika tewas kepada Denmark

05.09.2020: Iceland lwn England (0-1)
08.09.2020: Denmark lwn England (0-0)

11.10.2020: England lwn Belgium (2-1)
14.10.2020: England lwn Denmark (0-1)

15.11.2020: Belgium lwn England (2-0)
18.11.2020: England lwn Iceland (4-0)

“Ironinya 2 persembahan terbaik kami adalah 30 minit menentang Denmark yang bermain dengan 11 pemain dan perlawanan menentang Belgium.

“Berakhir dengan 2 kekalahan ketika kami hampir mencapai objektif. Kami sentisa menyedari bahawa terdapat pelajaran yang perlu kita pelajari dalam tempoh tersebut.” kata Southgate

Bagaimanapun berita tentang terkeluarnya England di kejohanan ini terdapat beberapa cerita menarik dilaporkan oleh media disana.

Apabila Southgate memanggil kumpulan pemainnya bagi menghadapi minggu antarabangsa, nama pemain muda Manchester City itu kembali tersenarai.

Dia diturunkan dalam perlawanan menentang Iceland, kali terakhir dia bermain untuk skuad ini adalah pada September lepas juga ketika menentang Iceland.

Phil Foden mencetak 2 jaringan dan mendapat pujian dari pengurusnya dan media disana.

“Malam ini (semalam) kami rasa ia merupakan persembahan menarik dari Phil (Foden) untuk kami yang memiliki pemain sepertinya Jack (Grealish) dan Mason (Mount) bergabung dengan Harry (Kane).” komen Southgate tentang Foden

“Kami Tahu apa yang mampu dilakukannya dan dia salah satu dari beberapa pemain yang akan menjadi menarik pada beberapa tahun akan datang untuk England”

Sementara itu Foden jelas kecewa melihat pasukannya tumbang di tangan Belgium pada perlawanan sebelumnya dan melihat Englang kalah dalam perebutan menjadi juara kumpulan untuk menyertai Itali, Sepanyol dan Perancis ke pusingan akhir.

“Kami kecewa dengan keputusan menentang Belgium kerana saya rasa kami bermain lebih baik dalam perlawan itu.” kata Foden kepada UEFA.com

“Kami perlu berfikir positif dan melihat kedepan dan malam ini merupakan keputusan yang baik.”

Pada perlawanan malam tadi (semalam), Declan Rice membuka akaun jaringan bersama skuad negaranya. Rice menjaringkan gol pendahuluan untuk England pada minit ke-20 sebelum Mount dan Foden menjaringkan 3 gol lagi.

“Gol pertamanya untuk England sangat istimewa dan bermakna. Bagi saya berada diatas padang bersamanya dan melihat dia menjaringkan gol sangat istimewa. Ia mengingatkan kenangan lama.” kata Mount tentang jaringan Rice

Kedua-dua pemain ini sudah bermain bersama sejak berusia 8 tahun. Mereka juga mengenali keluarga masing-masing. Rice mengatakan keluarganya dan keluarga Mount pasti menangis melihat aksi mereka.

Disudut lain Southgate kekal optimis dengan barisan pemain mudanya bagi menggalas tugasan di peringkat antarabangsa. Pengurus ini sangat terkenal dengan keyakinannya terhadap pemain muda.

“Mereka akan bermain selama 5 bulan lagi bersama kelab mereka dalam perlawanan besar dan belajar lebih banyak lagi.”

“Sekiranya saya sakit kepada kerana mempunyai ramai pemain bagus, ia bagus untuk memilikinya.”

Kepercayaan tersebut meletakkan ramai pemain muda England cuba memberi persembahan terbaik bagi mengesahkan tempat sebagai pemain utama. Menurut Foden persaingan mendapat tempat dalam kesebelasan utama agak sengit.

“Apabila anda mendapat peluang anda harus lakukan yang terbaik. Kami mempunyai ramai bakat muda pada masa ini dan masa depan agak cerah.”

Pada edisi ke-2 Nations League Itali, Perancis, Sepanyol dan Belgium mara ke peringkat akhir. Perlawanan itu akan berlangsung pada 6 dan 7 Oktober tahun hadapan.

Portugal merupakan juara edisi sulung apabila pasukan itu menewaskan Belanda 1-0 pada 9 Jun 2019. Belanda merupakan pasukan yang menewaskan England (3-1) di peringkat separuh akhir.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.