Tersingkirnya Kelab Besar Jerman Kerana Mismanagement Walaupun Scouting Hebat

Schalke 04 antara kelab yang melahirkan ramai bintang di dalam bola sepak Eropah terutama untuk negara mereka Jerman pada satu ketika dahulu. Namun kenapa mereka masih gagal menjadi sama ada pasukan pesaing yang kuat ataupun mendapat ratusan juta daripada penjualan pemain.

Dalam beberapa musim kebelakangan ini, mereka melepaskan beberapa pemai dengan harga yang rendah. Choupo Moting, Neustadter, Huntelaar, Matip dan Kolasinac pula dilepaskan secara percuma.

Beberapa tahun yang lalu, Matip dan Kolasinac dilepaskan percuma setelah diundi dalam kesebelasan terbaik tahunan Bundesliga.

Bagi kelab lain, kesemua pemain tersebut mungkin mereka boleh menjana sekitar £80 juta mungkin lebih, dalam suasana perpindahan pemain yang ada pada hari ini.

Mereka pernah menjadi kuasa bola sepak Jerman pada satu ketika dahulu. Kali terakhir mereka menang Bundesliga adalah pada 1958. Ini adalah penantian yang sangat lama untuk meraikan kejuaraan Bundesliga ke-8 mereka.

Namun selepas era millenium mereka menunjukkan peningkatan sekali lagi. Mereka antara pesaing utama kepada Bayern Munich dari 2000-2010. Menjadi naib juara Bundesliga 4 kali dalam tempoh tersebut.

GELSENKIRCHEN, GERMANY – APRIL 17: (L-R) Joel Matip, Gerald Asamoah, Kevin Kuranyi, Lukas Schmitz, Manuel Neuer and Benedikt Hoewedes of Schalke celebrate the 3-1 victory after the Bundesliga match between FC Schalke 04 and Borussia Moenchengladbach at the Veltins Arena on March 17, 2010 in Gelsenkirchen, Germany. (Photo by Christof Koepsel/Bongarts/Getty Images)

Ini pasukan mereka pada musim 2006/07. Sangat menggerunkan. Malah dianggap pasukan paling malang tak pernah menang Bundesliga berdasarkan kualiti mereka ada.

10 tahun yang lalu, mereka adalah jaura Piala Jerman. Pada 1997, Schalke merupakan juara Piala UEFA / UEL.

Schalke merupakan kelab kedua terbesar di Jerman berdasarkan jumlah ahli penyokong rasmi mereka melebih 160k.

Namun selepas itu mereka tenggelam dan gagal mewujudkan pasukan yang kuat dalam bola sepak Jerman meskipun ada bakat elit dalam kelab mereka.

Musim 2020/21 kemuncak kepada segala bala

Malah mereka semakin jauh daripada kejohanan Eropah. Dan pada musim 2020/21 disahkan tersingkir ke divisyen dua. Walaupun sebelum ini mereka ada menunjukkan tanda tanda positif tetapi musim ini segalanya serba tak kena.

Menukar pengurus lebih mudah daripada menukar tayar kereta bagi Schalke. Di mana 5 pengurus menjadi pengendali mereka pada musim ini.

Lebih malang, Schalke mencatatkan rekod tak menang dalam 30 perlawanan Bundesliga berturut turut dari musim lalu dan musim ini.

Schalke mendapatkan beberapa nama besar seperti Huntelaar, Mustafi dan Kolasinac, kembali ke kelab mereka. Tetapi masih gagal membantu mengubah nasib kelab.

Mereka terus tersekat di dasar liga dari awal musim sehingga ke akhir. Kesannya, mereka tersingkir dari Bundesliga buat pertama kali dalam masa 30 tahun.

Formula yang sama mereka gunakan sebelum ini mendapatkan penyerang veteran Raul dari Real Madrid. Kali ini gagal mereka dapatkan hasilnya dari Huntelaar.

Dilema dalam pengurusan

Dalam dunia bola sepak hari ini, ada 2 jenis kelab. Iaitu, pembeli dan penjual. Mereka perlu serius di dalam urusan menjual jika tidak mampu membeli.

Tetapi, banyak kali mereka gagal menguruskan kontrak pemain dengan sebaiknya. Kontrak tidak diberikan pada jangka masa yang sebaik mungkin berdasarkan bakat pemain. Menjual pemain berbakat dengan harga di bawah harga terbaik.

Gagal memasukkan klausa perlepasan. Dan paling teruk, melepaskan pemain yang baik dengan percuma. Pada hari ini, banyak pasukan sanggup membelanjakan lebih 40 juta untuk seorang pemain yang baru meningkat naik. Misalnya PSG, Manchester City, Manchester United, Real Madrid dan Barcelona.

Schalke berterusan menghasilkan bakat luar biasa seperti Neuer, Ozil, Leroy Sane, Julian Draxler, Ivan Rakitic, Matip, Kolasinac dan ramai lagi.

Mereka tidak ada pelan yang jelas sama ada untuk membentuk pasukan juara ataupun menjadi kelab penjual dan menggunakan wang tersebut untuk membina pasukan baru dengan pemain-pemain baru yang berbakat.

Draxler dijual ke Wolfsburg dalam keadaan panik!

Kesannya, mereka gagal untuk mendapatkan harga terbaik kerana selalu lambat ataupun gagal membuat keputusan terbaik. Mereka kemudian gagal menggantikan pemain tersebut dengan pemain yang baik dengan harga pemain yang semakin mahal di pasaran perpindahan.

Jika mereka lebih bagus dalam isu jual beli dan kontrak pemain, mereka boleh mendapat wang yang banyak untuk membangunkan lagi kelab mereka dan mengelak daripada berhutang terlalu tinggi.

Apa seterusnya?

Pasukan yang digelar Royal Blue ini berhadapan dengan masalah hilang kepercayaan daripada penaja ataupun potensi penaja baru yang tidak nampak ada keuntungan untuk mereka menaja pasukan yang lemah di dalam pengurusan pasukan.

Paling gila, penaja jersi mereka, Umbro mahu menamatkan tajaan lebih awal.  Schalke kini berhutang EUR220 juta kerana impak musim wabak.

Daripada pesaing kejuaraan, mereka kemudian bergelut untuk menjadi 5 teratas, kepada pasukan bergelut untuk menjadi 10 teratas, dan musim ini bergelut dengan penyingkiran lalu tersingkir.

Seperti biasa, mereka tetap melahirkan bakat yang elit dalam bola sepak Jerman dan Eropah. Mereka kemudian ada pemain seperti Max Meyer and Leon Goretzka. Dan kedua duanya terpaksa dilepaskan kerana pemain pemain tersebut tidak melihat projek yang lebih baik di Schalke, terutama sekali apabila Bayern datang mengetuk pintu.

Meyer ke Crystal Palace, kurang menjadi dan kemudian bermain untuk FC Koln.

Seterusnya mereka ada beberapa nama lain yang kemudian berada dalam radar pasukan besar yang lain seperti Breel Embolo, Nabil Bentaleb, Amine Harit, Weston McKennie dan Alexandre Nubel.

Embolo menyertai Borussia Mochengladbach, Weston McKennie kini menjadi pemain muda yang sangat panas di Eropah. Nubel menyertai Bayern Munich.

Boleh dikatakan kali ini mereka lebih baik dalam perniagaan. McKennie dan Kabak diloan ke Juventus dan Liverpool. Juve sudah menyatakan mereka mahu pemain itu secara tetap.

Kabak masih bermain untuk Liverpool dan Schalke boleh mendapat puluhan juta Euro kalau Liverpool membeli tetap pemain tersebut.

Tetapi kesannya, mereka terus sentiasa bermula dari bawah untuk membina pasukan. Sedangkan scouting mereka sudah merekrut bakat bakat yang hebat. Cuma tak dijaga dengan betul. Mereka dibangunkan tetapi dari sudut perniagaan, dan bola sepak ianya tidak diuruskan dengan lebih baik.

Pengurusan gagal

Jika tak nak jual pemain tersebut, pastikan mereka mahu kekal lebih lama dan yakin dengan projek kelab untuk membentuk pasukan yang hebat. Gagal melantik pengurus yang tepat dan terlalu kerap bertukar pengurus. Projek mereka tiada kesinambungan yang jelas dan bercorak jangka pendek.

Schalke mungkin mengharapkan mereka dapat pelabur besar untuk meyakinkan pemain-pemain muda berbakat mereka untuk kekal. Namun mereka gagal. Kerana mereka memang tidak cekap!

Di sini kita boleh belajar sesuatu. Akademi dan scouting bakat muda mereka berterusan melakukan kerja yang hebat. Tetapi di peringkat pengurusan tertinggi mereka gagal.

Ia seperti, mereka membiarkan masalah ini terus membarah dan tiada usaha untuk merawatnya. Terlalu ramai pemain berkualiti pergi dengan percuma!

Pengurusan tertinggi perlu dirombak. Nak kendalikan pasukan di Bundesliga pun mereka susah, apatah lagi nak kendalikan pasukan di 2.Bundesliga. Cabaran lebih besar dengan budget lebih terhad serta musim pandemik.

 

Penyingkiran bermakna beberapa nama besar harus dijual ataupun dilepaskan. Walaupun mereka lebih baik dalam menjual pemain sebelum menjadi percuma, namun hutang mereka dah terlalu tinggi.

Bundesliga juga kehilangan sebuah kelab yang menjadi salah satu subbudaya penting dalam bola sepak mereka. Schalke antara daya penarik kepada Bundesliga terutama sekali Revierderby dengan Borussia Dortmund.

Jadi, mampukah Schalke bangkit semula dan kembali secepat mungkin ke liga utama?