Tertiris! Telefon Samsung Seterusnya Adalah Dengan Pop Up Camera

Ini bukanlah satu idea yang baru dalam arena telefon pintar. Kerana sudah banyak produk lain seperti Vivo dan Oppo telah menggunakan pop up camera pada kamera swafoto mereka.

Malah sebelum ini Mi9t antara telefon yang paling popular di kalangan pengguna turut menggunakan pop up camera.

Dan Samsung dilaporkan bakal mengeluarkan telefon pintar dengan kamera pop up pertama mereka dalam produk mereka yang seterusnya.

Satu imej telah tertiris memaparkan produk rekaan Samsung yang akan datang adalah telefon dengan kamera pop up.

Ketirisan maklumat itu dikongsi oleh laman sesawang Pigtou dengan kerjasama bersama otai pembocor maklumat iaitu Onleaks.

Berdasarkan imej tersebut, telefon itu bakal memiliki pengimbas cap jari di belakang dengan 3 kamera belakang.

Pigtou menjangkakan ia adalah produk daripada A Series berdasarkan ciri ciri mid range yang ada padanya.

Kamera swafoto agak kecil dengan dimuat pada satu rekaan segi empat yang akan digerakkan oleh motor untuk pop up.

Maklumat lain termasuk pengguna kabel USB Type C, dengan bezel yang agak besar di bawah.

Tapi ni sekadar rumors je la buat masa ni. Kalau betul Samsung buat Pop up camera, ok juga la kan. Ada la Lebih banyak pilihan.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan