Tevez Beli 10 Rumah Untuk Pak Cik & Mak Ciknya Ketika Mendapat Kontrak Mewah Pertamanya

Carlos Tevez membuat pendedahan yang mengejutkan dan menyentuh perasaan. Di mana bekas penyerang Manchester United, Man City dan Juventus itu pernah membawa semua pak cik dan mak cik dia keluar dari kejiranan mereka ke rumah yang lebih selesa.

Tevez menghargai mereka sebagai keluarga yang sentiasa bersamanya ketika susah dan senang. Carlos Tevez ternyata memiliki hati yang sangat baik dan pemurah.

Sama seperti pemuda Argentina yang lain, Tevez mahu mengubah nasib keluarganya dengan bermain bola sepak. Kerana ianya boleh menjadikan seseorang itu kaya raya.

Bakat yang ada pada Tevez membuatkannya menjadi pemain profesional dan dipantau oleh kelab kelab besar di Argentina sebelum dia ke Eropah.

Menurut Tevez, dia menerima cek gaji besar pertamanya ketika menerima tawaran Corinthians. Tevez meninggalkan kelab yang disokongnya dari kecil iaitu Boca Juniors untuk bermain di Brazil bersama kelab kaya Corinthians.

Ketika menerima gaji besar pertamanya, Tevez memutuskan untuk membeli 10 rumah di sebuah kejiranan.

Untuk pengetahuan korang, kontrak pemain profesional di Eropah atau di kelab besar latin, mereka biasanya dibayar lump sum terus. Sama ada dibayar untuk 6 bulan sekali ataupun terus setahun sekali ataupun dapat terus berdasarkan sebahagian peratusan daripada kontrak penuh. Ianya bergantung kepada kontrak.

Jadi, Tevez ketika itu menerima wang bernilai jutaan dollar pada cek gajinya.

Tidak sabar untuk Tevez mahu memberikan kejutan kepada mereka. Tevez mengajak semua pak cik dan mak ciknya untuk bersantai meraikan kejayaannya mendapatkan kontrak dengan Corinthians.

Mereka mengadakan sesi berbeku di rumahnya yang baharu. Dan di situ Tevez telah memberikan kesemua mereka kejutan.

Tevez menyerahkan 10 kunci rumah kepad pak cik dan mak ciknya untuk mereka miliki.

Mereka tidak menyangka sama sekali Tevez akan membelikan mereka rumah.

Tevez berkata: “Saya menerima gaji besar pertama saya ketika saya berpindah dari Boca Juniors ke Corinthians. Saya terus membeli 10 rumah, membawa semua pak cik dan mak cik saya keluar daripada kawasan mereka duduk ketika itu [ke rumah yang baru].”

“Masa tu kami ada sesi barbeku di rumah saya. Dan saya memberikan setiap seorang daripada mereka kunci rumah mereka. Mereka tak tahu saya telah membelikan mereka rumah. Saya membuatkan mereka semua terkejut.”

Rezeki Tevez terus dimurahkan selepas itu. Kerana dia menerima tawaran lebih besar daripada kelab EPL iaitu West Ham. Tevez beraksi cemerlang dan membantu kelab itu mengelak penyingkiran.

Tevez seterusnya mendapat tawaran besar dari Manchester United dan membentuk gandingan bersama Rooney dan Cristiano Ronaldo. Dianggap sebagai trio yang menggerunkan ketika itu.

Tevez juga menjadi bintang penting untuk negaranya, Argentina.

Namun kontroversi tercetus apabila Tevez enggan melanjutkan kontrak kerana meminta gaji lebih besar. Lalu dia memutuskan untuk menyertai seteru sebandar, Manchester City.

Selepas musim yang cemerlang bersama City, Tevez menyertai Juventus dan kemudian kembali ke Boca Juniors atas alasan homesick.

Tevez menerima gaji jutaan dollar setiap musim. Dan dia terus menuai wang yang banyak apabila menyertai kelab China, Shanghai Shenhua. Menjadikan dirinya pemain bergaji paling tinggi pada satu masa. Di mana Tevez menerima lebih USD600k seminggu di China.

Kariernya di China tidak begitu menjadi kerana Tevez kerap buat hal dan balik ke Argentina ikut suka dia.

Akhirnya Tevez kembali semula ke Boca Juniors selepas kontraknya di China berakhir.

Baca yang lain