Tevez Kecam PSG Tak Respect Messi: “Masa Saya Di United, PSG Hanya Pasukan Midtable”

Carlos Tevez telah mengecam layanan PSG ke atas Lionel Messi baru baru ini.

Messi telah digantung oleh PSG kerana melakukan perjalanan tanpa kebenaran ke Arab Saudi, dengan penyerang itu turut didenda.

Keadaan itu telah dikatakan menjadi penamat kepada karier Messi di Parc des Princes selepas dua tahun, dengan superstar Argentina itu akan berpindah pada musim panas ini.

PSG ketika itu akhirnya memutuskan untuk tidak melakukan sebarang rundingan lagi dengan pemain itu.

Situasi tegang itu telah membawa kepada protes di luar tempat latihan kelab dan rumah Messi di Paris oleh ultras PSG.

Tetapi Tevez menegaskan bahawa PSG yang salah dengan mengambil tindakan disiplin terhadap bintang Messi.

Menurut Tevez kalau dia di tempat Messi, diperlakukan sebegitu, maka dia akan terus balik sahaja ke Argentina.

“Messi menjadikan kita semua rendah hati. Jika anda memberitahu saya, sebagai juara dunia, bahawa saya harus terpaksa pergi dan meminta maaf kerana pergi melancong ketika saya mempunyai hari cuti, saya akan terus pulang sahaja  ke Rosario dan tinggal di sana sambil minum,” katanya kepada TyC sukan.

“Anda [kelab] yang perlu meminta maaf kepada saya, tetapi Messi, sebenarnya, dia buat macam tu sebab dia mengutamakan kelab.”

“Messi telah megajar kita erti kerendahan hati dalam mesej permohonan maafnya.”

“Dan saya fikir, dalam kes itu, anda perlu memberikan tabik hormat kepadanya.”

“Kemudian kita boleh mengatakan beribu-ribu perkara mengenainya. Kelab ini tidak menjaganya dari saat pertama dia tiba, kerana begitulah keadaannya.”

“Tetapi kamu tidak boleh melayan pemain seperti itu.”

“Saya bermain menentang PSG ketika saya di United dan mereka hanyalah kelab midtable. Cuma sekarang je keadaan dah berubah.”

Tevez adalah rakan sepasukan Messi dalam pasukan kebangsaan Argentina selama 10 tahun selepas Messi membuat penampilan sulung pada tahun 2005. Dia mempunyai masalah sendiri dengan salah satu pasukannya, semasa berada di Manchester City.

Selepas kehilangan jawatan kapten kepada Vincent Kompany, pengurus Roberto Mancini mendakwa Tevez enggan dimasukkan semasa kekalahan kepada Bayern Munich.

Tevez menegaskan ia adalah salah faham berlaku antara mereka. Dan Tevez meminta cuti panjang.

Lima bulan kemudian, Tevez meminta maaf dan kembali ke pangkuan kelab, dan membantu mereka memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris.