Carlos Tevez percaya bahawa pemain bola sepak profesional seharusnya tiada masalah untuk dipotong gaji ketika koronavirus ini.
Argentina antara negara yang menggantung liga bola sepak mereka kerana covid-19.
Barcelona sebelum ini mahu memotong 70% daripada gaji para pemainnya. Namun akhirnya dikatakan kedua dua pihak setuju dengan pemotongan 50%.
Ramai pemain bola sepak yang turut menyumbang dana peribadi mereka untuk membantu meringankan beban koronavirus kepada pihak yang memerlukan.
Ini termasuk Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Kylian Mbappe dan Robert Lewandowski – mereka semua menderma kepada badan kebajikan dan juga NGO untuk membantu mereka menentang Covid-1.
Di EPL ada beberapa pasukan yang memotong gaji staf yang bukan pemain. Kelab tersebut adalah Newcastle United, Tottenham, Norwich City dan Bournemouth.
Namun begitu, menurut Carlos Tevez para pemain yang seharusnya dipotong gaji dahulu. Tidak pasti Tevez merujuk kepada kes yang ada di England tersebut.
Ini kerana gaji pemain besar nak mampus berbanding dengan staf lain. Tiada masalah untuk mereka hidup tanpa gaji sehingga 6 bulan hingga setahun sekalipun.
Tevez berkata: “Pemain bola sepak boleh hidup tanpa gaji untuk 6 bulan sehingga setahun sekalipun.”
“Kita bukannya terkesan sama dengan mereka yang hidup dengan anak anak mereka setiap hari, mereka yang turun kerja 6 pagi dan balik 7 malam untuk memberikan keluarga mereka makan.”
Pemain tak sama dengan orang yang memerlukan
“Kita bukan mereka yang tergolong dalam contoh ini. Kita bukan yang berhak menerima bantuan, tetapi kita yang harus sentiasa bersedia di sana untuk memberikan bantuan.”
“Ini mudah untuk saya bercakap dari rumah, kerana saya ada makanan nak diberikan kepada anak saya sekarang.”
Argentinian footballer Carlos Tevez: "This virus is a disaster. Footballers can live without receiving a paycheck for a few years. I feel sorry for the person who wakes up at 6 in the morning & gets home at 9 at night just to feed his family. Us footballers can make a difference" pic.twitter.com/PYNC26UnaP
— COVID-19 (@uk_covid_19) April 2, 2020
“Tetapi bagi ramai yang terdesak dan kesempitan ketika ini, ada yang tak boleh keluar rumah langsung. Perkara ini merisaukan kita semua.”
Selain itu, Carlos Tevez meminta kelab bola sepak memainkan peranan untuk membantu komuniti. Inilah masanya mereka membalas balik sokongan yang mereka terima selama ini daripada peminat – dari komuniti setempat mereka.
“Kelab harus memainkan peranan dan terlibat dalam membantu komuniti. Bukanna pergi berlatih pada pagi hari ketika orang lain memerlukan bantuan.”
“Kelab harus membantu orang ramai di luar sana.”
“Sebagai contoh, La Boca menawarkan bantuan makanan kepada orang ramai. Saya nak je pergi sana, tetapi untuk keluarga saya tak perlu, kerana kami ada makanan yang cukup.”
“Itu antara contoh yang bagus yang dimulakan. Kamu boleh buat video dari rumah dari ruang tamu. Namun contoh sebenar yang terbaik adalah pergi ke luar dan membantu orang ramai.”
Tevez berharap akan ada sinar harapan selepas ini, dengan adanya lebih ramai akan tampil membantu satu sama lain tanpa berkira dengan harta kekayaan mereka.
“Pedulikan kelas sosial. Tiada kelas sosial di sini sekarang. Kita semua kena membantu satu sama lain.”
“Harapan saya agar dunia ini akan lebih saling menolong. Kita sedar bahawa kita melalui perkara yang sama masa ini.”
“Harapan saya, kita akan membangun sebagai satu kelompok masyarakat dan esok perkara ini akan mengubah dunia.”
“Virus ini telah mengajar kita. Harapan saya adalah yang terbaik untuk kita semua dan kita keluar daripada krisis ini bersama-sama.”