Manchester United terus menelan kekalahan yang tidak diingini mereka terutama sekali di hadapan penyokong sendiri.
Tindakan Amorim menjadikan Kobbie Mainoo sebagai false 9 adalah pendekatan taktikal yang gagal teruk kali ini.
Sebelum ini Amorim memuji Mainoo sebagai tipikal no.10 yang selesa bermain di luar kotak penalti. Jadi sebab itu dia dijadikan pemain false 9 kali ini.
“Kobbie Mainoo bergelut dengan terukk ketika bertahan sebagai pemain tengah. Sekarang di lebih kepada no.10 dan kamu boleh rasakan dia lebih bebas bermain dengan bola,” tegas Amorim.
Ruben Amorim on Kobbie Mainoo's reinvigoration as Man United's No.10:
"I saw him so happy on the pitch. That is important for me because if they [the players] are happy, they play better." 🔥👀 pic.twitter.com/pHI02m4LOR
— Hayters TV (@HaytersTV) January 31, 2025
Lebih gila dia memiliki dua penyerang yang bernilai keseluruhan £100 juta di bangku simpanan iaitu Zirkzee dan Hojlund.Manchester United were defeated once again at Old Trafford as Crystal Palace took advantage of Ruben Amorim’s failed formation.
Gol pertama Palace adalah berpunca daripada sepakan percuma yang ditanduk Maxence Lacroix. Bola terkena palang dan melantun betul betul di kaki Marteta yang menyumbat masuk, dengan Harry Maguire tidak sempat melakukan hadangan.
Mateta menjaringkan gol kedua ketika Maguire membuatkan penyerang Palce kekal onside dan melakukan hantaran mudah di hadapan gol.
Namun isu yang paling menghantui Amorim adalah kegagalan Mainoo sebagai false 9. Dia telah menjadi salah seorangg pemain terbaik United sejak musim lalu. Memiliki kualiti hantaran dan kecergasan serta fizikal yang lasak.
Pemain berusia 19 tahun itu bermain sebagai false 9 di posisi palingg atas.
Mainoo bergelut untuk pemposisian dan duel berdepan pertahanan Palace yang sangat berkualiti kali ini.
Dia hanya melakukan 2 percubaan dalam perlawanan ini tanpa sebarang oon target. Cuba melakukan 4 gelecekan dan kesemuanya gagal.
Akhirnya selepas 70 minit, Mainoo dikeluarkan dengan gagal memberikan impak. Jelas dia adalah pemain yang sesuai untuk posisi tengah.
Ini adalah kali ke-18 musim ini Man United ggagal menjaringkan gol pada separuh masa pertama. Walaupun mereka menang dalam 4 dalam 5 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertanndingan.
Dan United sebelum ini seringkali menjanjikan aksi lebih baik pada separuh masa kedua. Malangnya kali ini mereka tidak berjaya melakukannya.
Zirkzee dan Hojlund yang diberikan masa 20 minit untuk menjaringkan gol, gagal dalam tugasan mereka.
Amad Diallo sekali lagi menunjukkan dia pemain yang sentiasa memberikan aksi berkesan dalam sistem Amorim. Malangnya dia tidak dapat membentuk gandingan lebih tajam kali ini secara taktikal.