Tewaskan Atletico 4-3, Peminat Percaya Girona Benar Benar Akan Realisasikan Impian Leicester Mereka

Penyokong Girona dan ramai lagi penyokong bola sepak yang lain mulai percaya bahawa kelab itu benar benar sedang merealisasikan impian Leicester.

Impian Leicester adalah satu terma ditulis penulis di Sepanyol tentang potensi Girona menjadi juara liga seperti mana dilakukan Leicester di EPL beberapa tahun lalu.

Kelab kerdil yang tidak diberikan perhatian memecahkan kelompok pasukan elit.

Ketika itu Leicester dianggap memecahkan dominasi big 6 untuk memenangi EPL.

Dan Girona kini sedang cuba untuk memecahkan dominasi big 3 di La Liga merujuk kepada Real Madrid, Barcelona dan Atletico untuk menjuarai La Liga.

Keyakinan itu mulai meninggi selepas Girona menewaskan Atletico Madrid secara dramatik dalam aksi mendebarkan pada Rabu.

Ivan Martin menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan untuk pasukannya ketika ia kelihatan seperti permainan akan berakhir dengan keputusan seri.

Kemenangan itu penting buat jurulatih Girona, Michel, ketika pasukannya menyamai mata dengan Real Madrid, yang menewaskan Mallorca dalam perlawanan lain yang dimainkan pada hari Rabu.

Los Blancos berada di tangga teratas La Liga, hanya dengan perbezaan gol dengan separuh kempen telah pun berlalu.

Dan peminat kini mula percaya bahawa Girona, yang biasanya calon penyingkiran pada permulaan musim, boleh melakukan keajaiban.

Girona mendahului dua minit perlawanan bermula apabila Valery Fernandez melencongkan bola, tetapi Alvaro Morata menyamakan kedudukan pada minit ke-14.

Tekanan tinggi pasukan tuan rumah membuahkan hasil apabila mereka mendahului sekali lagi pada minit ke-26 menerusi Savio.

Bekas pemain Manchester United, Daley Blind kemudiannya melebarkan kelebihan tuan rumah dengan satu lagi percubaan masuk, tetapi Morata mengurangkan defisit sebelum separuh masa pertama dalam babak pertama yang sarat dengan lima gol.

Morata menyumbat hatriknya dengan menyamakan kedudukan pasukannya pada minit ke-53, dan begitulah kedudukan jaringan untuk sebahagian besar separuh masa kedua, sebelum drama lewat oleh Ivan Martin. Di mana pemain itu menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan.

Di media sosial, peminat lebih daripada terhibur dengan permainan itu, dan mereka semua membuat kesimpulan yang sama, bahawa sudah tiba masanya untuk mula mempercayai Girona akan menjadi Leicester musim ini.