Liverpoool mengukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas Liga Perdana Inggeriis dengan jurang 11 mata di atas Arsenal.
Ianya selepas skuad Arne Slot mengalahkan juara bertahan Manchester City 2-0 di Etihad. Dua gol Liverpool hasil jaringan Mohamed Salah dan Dominik Szoboszlai.
Manchester City hadir ke perlawanan ini dengan kehilangan 2 lagi pemain mereka iaitu Erling Haaland dan John Stones.
Mohamed Salah meletakkan Liverpool di hadapan seawal minit ke-14. Gol tersebut terhasil menerusi rutin sepakan penjuru licik yang dirancang oleh The Reds.
Mac Alliister melakukan hantaran rendah yang di-flick oleh Szoboszlai kepada Mo Salah.
Mo Salah's 25th goal of the season.
We're still in February.pic.twitter.com/8CCC02h1Ej
— Premier League (@premierleague) February 23, 2025
Man City kemudian tampil menjadi pasukan lebih dominan. Namun produk akhir mereka mengecewakan. Omar Marmoush beberapa kali melakukan ancaman ke gawang Liverpool.
City cuba bangkit, gol Omar Marmoush dibatalkan kerana ofsaid. Liverpool turut ada 1 gol dibatalkan kerana ofsaid, menerusi Curtis Jones pada separuh masa kedua.
Szoboszlai memberikan pendahuluan lebih melegakan Liverpool. Bermula daripada hantaran Trent Alexander Arnold, Mo Salah melakukan overlapping dan kemudian melorongkan bola kepada Szobozlai untuk gol kedua Liverpool.
Mo Salah benar benar menikmati musim luar biasanya sekali lagi.
Dia kini sudah terlibat dalam 50 gol untuk Liverpool. Dan sudah mencatatkan gol dan assist dalam 11 perlawanan.
30 goals ⚽️
20 assists 🅰️Mohamed Salah has FIFTY goal involvements this season! 🤯#MCILIV #BBCFootball pic.twitter.com/VgwHCggKSm
— BBC Sport (@BBCSport) February 23, 2025
Dan dia menjadi pemain pertama dalam sejarah EPL melakukan 40 penglibatan gol dalam dua musim berturut turut.
40 – Mohamed Salah is the first player in Premier League history to be involved in 40+ goals in two different seasons.
42 in 2017/18 (32 goals, 10 assists)
40 in 2024/25 (25 goals, 15 assists).Legend. pic.twitter.com/CCV0j3lYN6
— OptaJoe (@OptaJoe) February 23, 2025
Tamat perlawanan, Man City 0 Liverpool 2. Liverpool kini 20 mata di atas Man City dan 11 mata di aras pasukan Arsenal yang keciciran mata di Emirates berdepan dengan West Ham.
Namun Arsenal masih ada 1 perlawanan dalam tangan mereka berbanding Liverpool.
Apa seterusnya?
Liverpool selepas ini akan menerima kunjungan Newcastle dan Southampton di Anfield. Sementara Arsenal akan berkunjung ke Nottingham Forest dan seterusnya berkunjung ke Old Trafford.