Tewaskan Suwon Bluewings, JDT Setakat Ini Sudah Dapat RM440,000 Durian Runtuh

JDT semalam mencatatkan kemenangan bersejarah di stadium baharu mereka dengan menewaskan bekas juara ACL, Suwon Bluewings dengan skor 2-1.

Ia merupakan salah satu kejutan terbesar di dalam liga juara juara AFC pada musim ini.

Kemenangan ini lebih bermakna apabila dicatatkan pada aksi pertama Johor Darul Ta’zim di Stadium baharu mereka iaitu Stadium Sultan Ibrahim yang terletak di Nusajaya.

Johor Darul takzim dan Suwon Bluewings masing-masing memiliki percubaan gol awal di dalam perlawanan ini.

JDT menguji gawang lawan dengan percubaan awal daripada Nazmi Faiz Mansor namun agak sedikit tersasar.

JDT akhirnya di hadapan apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan.

Bintang Johor Darul Ta’zim iaitu Gonzalo Cabrera tidak melakukan kesilapan dan menyempurnakan penalti tersebut dengan penuh yakin dan tenang.

Pujian juga harus diberikan kepada Nazmi Faiz Mansor yang melorongkan bola cantik kepada Diogo Luis Santos. Itulah yang mencetuskan penalti untuk pasukan tuan rumah apabila Diogo Luis Santo dijatuhkan.

Ianya agak kontroversi kerana Diogo Luis Santo kelihatan dijatuhkan di luar kotak penalti.

Namun pengadil tidak dapat melihat insiden itu dengan baik kerana ia berlaku dengan sangat pantas jadi penalti diberikan.

Johor Darul Ta’zim bertahan dengan baik sepanjang separuh masa pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua pasukan gergasi Korea Selatan Suwon Bluewings melakukan pertukaran drastik di dalam taktikal Mereka dengan memasukkan beberapa pemain.

Hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan pada awal separuh masa kedua pada minit ke-51 menerusi Antonis.

Pada awalnya, gol itu dijangka akan menyentap semangat Johor Darul Ta’zim.

Namun telahan itu ternyata silap apabila pasukan JDT terus memberikan saingan yang sama dengan aksi mereka separuh Masa pertama.

JDT terus melakukan beberapa lagi siri serangan ke kubu lawan. Cuma agak menghampakan apabila beberapa penyudah mereka lemah.

Suwon Bluewings ternyata keletihan dalam perlawanan ini. Dan mereka mulai hilang fokus.

Hasilnya pada minit ke-73, Mauricio menjaringkan gol kemenangan JDT menerusi tandukan depan gol. Ianya hasil umpanan menarik Nazmi Faiz Mansor.

Tiada tambahan gol dicatatkan. JDT mencipta kemenangan bersejarah mereka ke atas Suwon Bluewings.

JDT kini berada di tangga kedua kumpulan G.

Saksikan rangkuman aksi JDT di sini:

Berapa JDT dapat?

Berdasarkan struktur bayaran hadiah wang dan bonus, JDT mendapat USD50,000 ataupun sekitar RM200,000 di atas kemenangan mereka.

Namun mereka sekarang berpotensi mendapat USD230,000 / RM920,000 daripada peringkat kumpulan selepas kemenangan ini.

Kenapa?

Wang confirm masuk – RM440,000

USD110 / RM440,000 dalam tangan itu – konfem masuk tu adalah selepas mereka travel pada MD1 berhadapan dengan Vissel Kobe di Jepun.

Mereka sudah mendapat USD60,000 / RM240,000 daripada elaun perjalanan. Ianya berasaskan skim bayaran yang diumumkan pada 2018.

Berdaarkan regulasi Liga Juara Juara AFC 2020 di bawah regulasi  elaun perjalanan kepada setiap pasukan yang bermain away.

Di mana berdasarkan regulasi 62.4, setiap pasukan akan diberikan USD60,000 / RM180,000 untuk setiap perlawanan away mereka.

Mereka kemudian menang perlawanan kedua menentang Suwon Bluewings – tambah lagi USD50,000/RM200,000 . Jadi mereka sudah mendapat USD110,000 / RM440,000.

Wang bakal masuk – RM480,000

Dalam peringkat kumpulan, JDT dan pasukan lain akan bermain 3 away games. Jadi di situ, JDT sudah mendapat USD180,000 / RM720,000 hanya daripada travel untuk away games sahaja.

Mereka masih ada USD120,00 / RM480,000  lagi bakal masuk selepas menerima RM240,000 (bayaran away vs Vissel Kobe).

Kecualilah JDT tidak dapat meneruskan aksi di away atas alasan tertentu dan tak dapat dielakkan. Rasanya itu kes terpencil.

Dengan travelling cost sebanyak itu ditambah dengan wang bonus kemenangan di peringkat kumpulan berdasarkan Regulias 62.6.1 – setiap pasukan yang menang perlawanan di peringkat kumpulan akan menerima USD50,000. Dan JDT baru sahaja menang ke atas Suwon Bluewings.

Oleh itu setakat ini, JDT sudah boleh mengira wang masuk USD230,000 daripada 3 elaun perjalanan away dan satu bonus kemenangan, yang bersamaan dengan RM920,000.

Itu potensi yang pasti masuk, kalau tiada aral melintang. Dan mereka masih ada 4 lagi baki perlawanan untuk cuba mendapatkan bonus kemenangan USD50,000 dan seri dapat USD10,000  lagi daripada setiap kemenangan.

Masyuk kan? Apapun, itulah bonus kepada mereka yang berjaya menempatkan diri di kalangan yang terbaik.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.