TFC: 3 ‘Major Signing’ Sudah Mengimbangi 12 Pemain Yang Keluar, Hanya Tinggal Siapa Penyerang

Pada 4 November, Terengganu Football Club (TFC) mengumumkan 12 pemainnya dilepaskan melalui halaman rasmi kelab. 3 hari selepas itu TFC menyambut kehadiran Faris Ramli dan seterusnya Nasir Basharuddin, Arif Radzilah dan Faiz Nasir.

12 out, 4 in setakat ini.

Ia merupakan musim Terengganu membuat perubahan besar-besaran untuk menghadapi musim 2020. Bagaimana skuad ini dilihat pada masa ini dan dimana perubahan itu berlaku.

 

Selepas pemergian Allahyarham Suffian, Terengganu memberi peluang kepada Ilham Amirullah pemain kelahiran Terengganu yang bermain bersama N.Sembilan pada musim sebelumnya. Ilham mula menggalas tugas sebgai penjaga gol utama bermula di perlawananan Liga Super yang ke-14. Sementara itu Azraie lebih kerap bermain di kempen Piala Malaysia.

Dengan pemergian Allahyarham Suffian dan Azraie tidak dikekalkan, Terengganu akan mengangkat peranan Ilham lebih tinggi pada musim depan. Terengganu masih mempunyai penjaga utama Terengganu FC II, Sharmiza Yusoff yang akan berusia 31 tahun pada 2020.

Dengan adanya Sharmiza mungkin Terengganu tidak mempunyai isu di posisi ini termasuk seorang lagi penjaga gol simpanan di kelab penyuap itu iaitu Suhaimi Hussin.

Jumlah perubahan penjaga gol mengikut minit: 63%

Pada musim ini Terengganu tidak mempunyai ramai pemain pertahanan sisi tetapi cukup dengan Kamal Azizi Zamri dan Adib Aizuddin. Pemain yang muncul 23 dan 24 dalam 26 perlawanan liga dan Piala FA.

Cuma Hafizal Alias mula merampas tempat Kamal Azizi dalam saingan Piala Malaysia. Hasnizaidi Jamian tidak banyak bermain sepanjang 2 musim bersama Terengganu, hanya 3 kali pada 2018 dan 2 kali pada musim ini. Ia masa yang sesuai untuk mengucapkan selamat tinggal.

Walaupun Adib pemain sangat penting sepanjang musim ini tetapi beliau akan berusia 34 tahun pada musim hadapan. Terengganu melihat sudah tiba mendapatkan pemain lebih muda diposisi pertahanan kiri mereka. Adib tidak dikekalkan.

Nasrullah Hanif Johan dan Sergiy Andreev terus diberi kepercayaan, dalam masa yang sama Amirzafran dikekalkan. Terengganu tidak mempunyai isu kecuali mahu menambah pemain yang lebih berkualiti di seksyen itu.

Siapa pemain yang akan menampung ketiadaan Adib? Dan siapa pula pemain dari pasukan pembangunan yang boleh dipromosi?

Sudah tentu jawapan adalah Arif Fadzilah. Pemain kelahiran Terengganu yang menjadi pemain utama Felda United pada musim ini. 13 penampilan liga, 2 penampilan Piala FA dan 2 penampilan Piala Malaysia sudah cukup untuk pemain berusia 23 tahun menggantikan Adib. Arif merupakan major signing kelab.

Hafizal pemain TFC II, dia dinaikan ke TFC sekitar bulan Mei selepas bermain 11 kali di Liga Perdana. 1 lagi pemain pertahanan sisi yang berpotensi untuk dinaikan adalah Ridzuan Razali. Mungkin ramai sudah lupa siapakah pemain ini. Tapi mungkin boleh ingat kembali kontroversi salah faham antara FAM dan PBSNT berkaitan pemain yang dikatakan tidak dilepaskan ke skuad negara satu ketika dahulu.

Ridzuan Razali mempunyai kualiti nasional dalam perngkat umurnya, Terengganu dijangka akan membangunkan potensinya di skuad utama pada 2020.

Jumlah perubahan pertahanan mengikut minit: 37%

Dari hero to zero mungkin itu ungkapan yang sesuai diungkapkan kepada prestasi Chanta Thierry Bin, pemain yang menjadi rebutan pada awal musim 2019. Selepas 18 Mei, pemain ini sudah tidak menjadi pilihan jurulatih untuk berada dalam kesebelasan utama. Sehinggakan Dechi Marcel N’Guessan dipromosi ke skuad utama, namun pemain ini dikembalikan ke TFC II selepas mendapat kad merad dalam perlawanan ke-2 bersama TFC.

Selepas itu posisi ini mula diberikan kepada Sharin Sapien. Pemain ini menjadi pilihan sehinggalah musim 2019 Terengganu ditutup oleh JDT pada perlawanan suku akhir Piala Malaysia.

Bin tidak dikekalkan adalah perkara yang tidak mengejutkan, Khairu Azrin Razali tidak dikekalkan juga tidak mengejutkan kerana Sharin sudah menempatkan tempat disitu. Terengganu mengekalkan penjaring terbanyaknya Sanjar Shaakmedov dengan 8 gol. Pemain tengah menyerang yang datang dengan reputasi pemain kebangsaan Uzbekistan ini menjadi pemain paling dinamik ketika Kipre tenggelam.

Lee Tuck menyertai Sanjar dan Sharin menjadi 3 pemain tengah yang dikekalkan.

Nasir Basharuddin tidak boleh diletakkan dalam kategori major signing. Nasir seorang pemain yang berkualiti ketika tidak cedera. Dengan hanya 1 penampilan sebagai pemain kesebelasan utama pada musim lepas, pemain ini perlu membuktikan dirinya sudah kembali seperti Nasir Basharuddin yang kita kenali satu masa dahulu.

Siapa pemain tengah utama TFC II 2019 yang boleh dipromosikan? Dechi dan Shukor Jusoh. Kedua-duanya sudah diberi peluang bermain di skuad TFC pada musim ini. Lihat graf, ada kan?

Jumlah perubahan pertahanan mengikut minit: 15%

Terengganu sememangnya mempunyai isu berkaitan penyerang sisi mereka tidak produtif. Apabila Tchetche Kipre kemarau jaringan, Terengganu tidak boleh bergantung kepada pemain sisi kerana masalah itu. Pada musim ini ia agak kebuntuan Kipre sangat dibantu oleh Sanjar. Tidak hairan pasukan ini merombak hampir keseluruhan pemain pada posisi ini.

7 pemain tidak disambung kontrak.

Daripada 9 pemain yang diberi peluang, tiada seorang pun yang mampu memikat dan mendapat tempat sebagai pemain utama. Kesemuanya hanya digilirkan mendapat minit pemain rotation sekitar 900 hingga 1,200 minit.

Walaubagaimanapun, TFC mengekalkan nama pemain lagenda mereka Ashaari Samsuddin dan Rahmat Makasuf menjadi prospek besar mereka pada musim hadapan. Pemain berusia 22 tahun ini mula mencuri perhatian pada 3 perlawanan terakhir Liga Super dan menjadi pemain utama pada kempen Piala Malaysia. Pemain sayap kanan yang juga boleh bermain di sayap kiri.

Siapa pemain TFC II yang kerap bermain dan boleh dipromosikan? Hassan Basri, tetapi pemain ini sudah berusia 31 tahun. Ramzi Suffian yang muncul 9 kali pada 9 perlawanan awal Liga Super boleh dijadikan sandaran, tetapi kemasukan Faiz Nasir mungkin sudah menyelesaikan siapa pemain utama. Malahan kemasukan Faris Ramli menunjukan kelab ini betul-betul mengkaji keperluan pasukan. Terengganu menyelesaikan masalah mereka.

Faiz dan Faris merupakan major signing yang ke-2 dan ke-3 mereka.

Pengumuman yang paling ditunggu oleh para peminat TFC sudah semestinya siapa penyerang utama mereka pada musim hadapan. Malahan Terengganu perlukan 2 penyerang, 1 penyerang utama dan 1 penyerang simpanan yang baik.

Jumlah perubahan penyerang dan pemain sisi mengikut minit: 87%

Rumusan

Jumlah perubahan keseluruhan pemain mengikut minit: 50.5%