TFC Kesal Dan Minta Maaf Insiden Hooligan Serang Bas

Terengganu FC (TFC) kesal dengan insiden kekecohan penyokong yang berlaku di dalam dan luar Stadium Sultan Zainal Abidin.

Kekacauan penyokong turut menyaksikan bas pasukan Selangor FC diserang dengan dibaling objek.

Berikut adalah kenyataan media TFC:

𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐅𝐂 πŠπ„π’π€π‹ 𝐃𝐀𝐍 πŒπ„ππ†π„π‚π€πŒ π’π„πŠπ„π‘π€π’-πŠπ„π‘π€π’ππ˜π€ πˆππ’πˆπƒπ„π πŠπ„πŠπ€π‚π€π”π€π π˜π€ππ† ππ„π‘π‹π€πŠπ” πƒπˆ 𝐋𝐔𝐀𝐑 π’π“π€πƒπˆπ”πŒ 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 π“π€πŒπ€π“ 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 π’π„πŒπ€π‹π€πŒ

Berkenaan insiden kekacauan yang dilakukan oleh segelintir penyokong Terengganu FC ke atas bas pasukan pelawat semalam, pihak pengurusan kelab ingin melafazkan kekesalan serta mengecam tindakan yang dilakukan.

Perkara ini dilihat telah turut sama mencalarkan imej kelab serta penyokong Terengganu yang lain yang sama-sama hadir dalam memberikan sokongan buat pasukan ini.

Pihak kelab juga dengan ini ingin memohon maaf kepada pihak Selangor FC atas insiden yang telah berlaku.

Dan diharapkan perkara ini tidak akan berulang pada masa-masa yang akan datang kerana pada tahun ini tidak boleh dinafikan lagi para penyokong Terengganu telah menunjukkan komitmen serta disiplin yang sangat baik dalam memberikan sokongan.

Dan sesungguhnya segelintir yang telah melakukan kekacauan ini tidak mewakili serta menggambarkan imej serta keperibadian keseluruhan penyokong pasukan ini.

Ramai penyokong Terengganu sendiri menzahirkan rasa kecewa dengan perbuatan acah Hooligan yang mencemarkan imej penyokong Terengganu.

Malah tak kurang juga yang menyatakan rasa kesal kepada penyokong Selangor.

Baca yang lain