Thailand Pengeksport Durian No.1 Dunia Dengan Menjana RM3.4 Billion

Orang Malaysia dan Asia Tenggara boleh dikatakan sebagai peminat tegar durian. Walaupun ramain juga tak suka, namun durian masih menjadi kegilaan sukaramai.

Terbaru, Jabatan Perundingan Perdagangan yang bernaung di bawah Kementerian Kewangan di Thailand telah mengeluarkan satu statistik, carta pengeksport durian terbesar di dunia.

Dan laporan itu menyebut bahawa Thailand sebagai pengeksport durian nombor satu di dunia.

via GIPHY

Malaysia memberikan saingan sengit dengan berada di tempat kedua. Tidak dapat dipastikan kedudukan Indonesia.

via GIPHY

Oramon Sapthaweetham, Pengarah Besar Jabatan Perundingan Perdagangan Thailand berkata, pada 6 bulan pertama tahun 2019, Thailand telah mengeksport durian dengan keseluruhan harga $817 juta ataupun sekitar RM3.4 billion.

Peningkatan 45% daripada angka yang mereka catatkan untuk tempoh yang sama pada tahun 2018.

Oramon berkata: “Thailand kini menjadi pembekal utama durian ke pasaran China dan Asia Tenggara. 79% daripada pengimport durian telah membeli daripada Thailand.”

“Dalam 6 bulan pertama 2019 Thailand berjaya menjual durianb ke China dengan mendapat sejumlah $425 juta. Dan untuk jualan ke sekitar Asia Tenggara, Thailand berjaya mengaut pendapatan sekitar $219 juta.”

Oramon turut menyatakan, perjanjian perdagangan bebas dengan 16 buah negara yang dilakukan oleh Thailand sebelum ini antara faktor penting membantu Thailand menjadi kuasa dunia dalam pengeksportan durian.

16 negara yang dimaksudkan oleh Oramon adalah Australia, Brunei, Kemboja, Chile, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Laos, Myanmar, New Zealand, Peru, Filipina, Singapura dan Vietnam.

Pada separuh tahun 2019, sebanyak 44% durian segar dieksport ke luar negara.

Nampaknya Malaysia dan Indonesia harus memikirkan strategi untuk merampas kedudukan Thailand.

Ye la, durian itu sendiri namanya dari perkataan Melayu. Tak akan kita nak kalah kan?

Bola dah menang dah hari tu. Kita fokus hal durian pula sekarang.

Sumber: SEASIA

Baca yang lain