#ThanksRoman โ€“ Tanda Terima Kasih Penyokong Untuk Pemilik Terbaik

Di Twitter sedang trending #thanksroman tanda rasa terima kasih dan rasa bersyukur para penyokong Chelsea kepada Roman Abramovich.

Chelsea akhirnya mengesahkan berakhirlah era Roman Abramovich di kelab London itu. Ini selepas Chelsea mengumumkan bahawa Chelsea sudah menerima bidaan baharu yang akan menyaksikan bermulanya era pemilik baharu di kelab itu.

ROMAN YANG DISAYANGI

Harus diakui Roman Abramovich merupakan pemilik kelab terbaik pada era dia di Chelsea.

Walaupun formula kejayaan dia adalah berasaskan spending, namun hasilnya luar berjaya. Bandingkan dengan Glazer. Dia pun spending kaw kaw tetapi hasil tak bagus selepas era Sir Alex Ferguson.

Abramovich bukan sahaja spending pada membeli pemain tetapi dia set Up pengurusan tertinggi dengan melantik orang yang berkaliber.

Setiap kali Chelsea gagal mencapai KPI atau gagal memenangi liga, Pak Roman sentiasa sedia untuk splash cash dia.

Melihat kelab seteru dia Arsenal memiliki pasukan Wanita yang kuat. Dia pun set up team wanita dia yang kuat. Melantik Emma Hayes sebagai pengurus. Mendapatkan bakat seperti Sam Kerr.

Dia turut set up Cobham menjadi tempat terbaik untuk membangunkan bakat muda. Lihatlah hasilnya. Chelsea mulai menuai hasil daripadanya.

Ketika Chelsea dikenakan sekatan perpindahan sebelum ini, bakat bakat muda ini menjadi sandaran mereka. Chelsea masih berada dalam slot Liga Juara Juara Eropah.

Walaupun ramai akan cuba memperlekeh dia pakai duit minyak Rusia untuk membeli kejayaan Chelsea. Namun ramai je owner yang tak tahu spending wang yang banyak di tempat Yang betul.

Roman Abramovich berjaya memastikan Chelsea bangkit daripada pasukan mid table kepada pasukan elit Eropah.

Mereka memenangi 2 UCL pada era Roman Abramovich. Kemudian menjadi Juara Dunia juga pada eranya.

Chelsea secara rasmi menjadi kelab Inggeris paling berjaya pada dekad yang lalu.

21 tahun era Roman mereka menapau 19 piala.

Ianya adalah tempoh impian untuk menjadi peminat Chelsea. Roman Abramovich meluaskan empayar dan jenama Chelsea ke seluruh dunia.

Maka pada era beliau Chelsea mulai menarik ramai penyokong baru dari seluruh dunia. Ke mana sahaja Chelsea pergi mereka akan disambut dengan lautan manusia.

Sikap tak mahu kalah dia ini membuatkan dia disayangi. Berbeza dengan Glazer dan Kroenke yang sentiasa mendahulukan kepentingan sendiri sebelum kelab.

Bila populariti dan imej mereka semakin calar dan merosot di mata fans barulah mula nak bagi duit untuk spending. Maka berlakulah panic buy.

Roman Abramovich tak pernah takut untuk trial and error.

Sebab itu pada era dia Chelsea bertukar ganti pengurus sangat kerap. Ada 13 pengurus yang pernah dilantik pada era beliau.

Ajaibnya formula dia berjaya. Formula itu tak berjaya di kelab seperti Manchester United dalam beberapa musim ini. Seterusnya kelab seperti Everton juga antara yang banyak berbelanja dalam 4 atau 5 musim terakhir ini. Hasilnya sangat mengecewakan. Kerana orang yang kurang kaliber di tempat tak sepatutnya.

Chelsea ciptaan Roman Abramovich adalah kelab yang benar benar dahagakan trofi. Oleh sebab itu Chelsea memenangi segalanya pada ada Roman Abramovich.

Apa yang pasti era Roman Abramovich sudah meletakkan penanda aras yang sangat tinggi di Chelsea.

Dia terpaksa melepaskan kelab yang dia tatang bagai minyak yang penuh hanya kerana dia dituduh menaja pembantaian kemanusiaan.

Roman Abramovich tetap menunjukkan tiada wang di dunia ini boleh membeli cintanya kepada Chelsea.

Oleh sebab itu dia tidak meminta bayaran balik untuk perlaburan peribadinya yang berbentuk hutang bernilai ยฃ 1.6bn.

Maka berakhirlah era pemilik paling berjaya dalam sejarah Chelsea. Pastinya di hati peminat Chelsea selamanya Roman Abramovich โ€œSebahagian daripada kamiโ€

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil