The Call: Panggilan Harapan Yang Menjadi Panggilan Tragedi

The Call adalah filem sci-thriller Korea terbaru di Netflix. Dan sudah ditayangkansejak 27 November lalu, filem ini diarahkan oleh Lee Chung Hyeon, yang dibintangi oleh Park Shinhye dan Jeon Jongseo.

Jika korang suka filem yang bermain dengan garis masa dan mind bending, ini untuk anda.

Tapi ada setengah orang cuba elakkan filem jenis time bending ini kerana complicated. Tapi sebenarnya filem ini tidak terlalu berat dari segi time bending, jadi korang masih dalam senarai audien yang sesuai untuk filem ini.

Filem ini menceritakan kisah Seoyeon, seorang wanita yang pulang kerana ibunya sakit. Hubungan antara keduanya tidak begitu baik sejak ayahnya meninggal. Semasa berhenti di rumah lamanya, Seoyeon mendapat satu panggilan dari seorang wanita bernama Youngsook.

Youngsook rupa rupanya wanita yang tinggal pada tahun 1999, di rumah yang sama. Dan mereka berdua mulai bermain main dengan garis masa.

Dan mereka cuba mengubah masa depan daripada masa lalu. Jika korang pernah tengok filem time traveller seperti Predestination, seringkali dijelaskan betapa rumitnya kehidupan di masa akan datang apabila kita cuba mengubah masa lalu dan masa hadapan.

Filem ini premisnya bergerak daripada garis masa yang berbeza, seperti A, B , C dan sebagainya.

Misalnya Soyeon sekarang nak mengubah garis masa A yang sedang dia lalui sekarang. Di mana dia menyalahkan ibunya kerana menurutnya kebakaran yang berlaku sehingga meragut nyawa ayahnya adalah kerana ibunya.

Lalu Youngsook membantunya mengubah masa itu agar dia sekarang berada di garis masa B. Di mana ayahnya masih hidup dan terselamat daripada kebakaran.

Sebagai balasan Soyeon membantu Youngsook untuk mengelak kematiannya yang sadistik. Soyeon juga memperdengarkan lagu terbaru artis kegemaran Youngsook yang membuat kemuculan semula di masa hadapan.

Berkisar secara maksimum pada 2 watak

Dari segi perkembangan watak, filem ini memang memaksimumkan jalan cerita dua watak utama ini iaitu Soyeong dan Youngsook.

Youngsook hidup dengan ibu tirinya yang pendera. Mengurungnya di dalam bilik. Dia seorang yang tidak tahu bersosial dan digambarkan memiliki empati dan simpati yang kurang kerana trauma dan pengalaman didera yang dilaluinya selama ini.

Dia ada isu dengan ketidakstabilan mental yang teruk. Melalui mata dan ekspresi wajahnya dia memberikan penonton kekeliruan sama ada dia ni boleh pakai ke tak.

Manakala Seoyeon adalah watak gadis baik, macam yang korang biasa tengok pada Park Shin Hye. Namun dia seorang yang sensitif dan emosi kerana dia terlalu sedih dengan kehilangan ayahnya.

Namun sebenarnya bukan itu sahaja yang membuatkan dia sedih. Jadi korang kena la tengok sendiri.

Sinematografi yang power

Dari segi sinematografi, filem ini memang tipikal filem Korea yang korang biasa lihat. Misalnya, ketika bercerita tentang Youngsook, biasanya warnanya lebih suram dan kekuningan.

Sesuai digabungkan dengan warna merah dan darah yang biasanya digunakan dalam filem gore.

Sementara untuk Seoyeon dia diceritakan dalam suasana lebih warna kelabu yang dominan. Menggambarkan kesuraman hidupnya.

Lalu dia karakter ini dihubungkan menerusi satu panggilan telefon. Banyak sebenarnya cerita yang menggunakan telefon ni untuk menghubungkan sama ada dua garis masa berbeza ataupun dua alam dan sebagainya.

Panggilan itu pada awalnya dianggap Soyeon sebagai panggilan yang memberikan harapan. Ia juga panggilan yang memberikan Youngsook harapan untuk mengelak daripada dibunuh ibu tirinya.

Namun siapa sangka ia berubah menjadi tragedi.

Adakah filem ini direkomendasi?

Secara umumnya filem ini mengandungi unsur penderaan dan gore. Namun ianya naskah yang tidak ada unsur L G B T ataupun adegan dewasa. Itu cuma info tambahan bagi anda yang mahu mengelakkan naskah seperti itu. Namun bahasanya adalah keras, banyak makian dan carutan. Tipikal beberapa filem Korea lain yang suka mencarut, terutama sekali filem gangster mereka.

Dari segi jalan cerita, seperti diberitahu di atas, ianya time-bending thriller yang tak terlalu berat. Jadi korang jangan risau untuk terlalu sakit otak.

Dari segi watak, Park Shin Hye dan Jun Jong Seo memang padu persembahan mereka kali ini. Kalau korang nak tengok Shin Hye mencarut sambil mengamuk, ada dalam filem ni.

Jadi, itu saja informasi, yang pasti, saya sangat menyarankan korang tengok filem ini.

Baca yang lain