The Doctor Marah Dan Akan Ikut Nasihat Doktor Kerana Dijangkiti Covid-19

Ada berita kurang baik daripada pelumba Monster Energy Yamaha, Valentino Rossi, di mana The Doctor disahkan dijangkiti covid19.

Rossi juga melaporkan bahawa dia tidak akan hadir dalam MotoGP Aragon 2020. Pada hujung minggu ini.

Malah Rossi juga tidak pasti dia dapat tampil di MotoGP Teruel 2020 yang juga akan berlangsung di Aragon Circuit seminggu kemudian.

Ini kerana, ianya bergantung kepada keupayaan Rossi untuk sembuh sama ada lebih cepat ataupun sebaliknya.

Rossi menyatakan dia agak marah dan kecewa dengan berita itu kerana dia sudah cuba sedaya upaya melinduingi dirinya serta mengikuti garis panduan kesihatan.

Namun apa boleh buat, kerana beliau kini sudah dijangkiti dan tekadnya adalah untuk pulih secepat mungkin.

Rossi melakukan pengasingan bebas di rumahnya, Tavullia, Itali. The Doctor berjanji akan mengikuti nasihat daripada pakar kesihatan ataupun doktor — dan berharap keadaannya bertambah baik dalam masa terdekat.

“Ini memalukan, pagi ini saya bangun dan saya tidak sihat. Tulang saya terasa sakit dan saya demam sedikit, jadi saya menghubungi doktor yang menguji saya dua kali, ”tulis Rossi di twitternya

“Ujian PCR pantas menunjukkan hasil negatif, seperti ujian Selasa lalu. Walaubagaimanapun, ujian kedua yang dihantar kepada saya pada pukul 4:00 petang, ternyata positif. Saya sangat kecewa kerana terlepas perlumbaan di Aragon, “sambungnya.

“Saya sangat optimis dan yakin, tetapi saya rasa saya juga akan terlepas dalam perlumbaan kedua di Aragon. Saya sedih dan marah kerana saya telah berusaha keras untuk menghormati dan menjalankan protokol kesihatan.”

“Walaupun ujian saya pada hari Selasa adalah negatif, saya telah melakukan pengasingan atas kerelaan saya sendiri sejak kembali dari Le Mans (Perancis), “kata Rossi.

“Lagipun, inilah cara yang ada, dan saya tidak dapat mengubah keadaan ini. Saya akan mengikuti nasihat kesihatan dan berharap dapat cepat sembuh, ”jelas The Doctor.

Yamaha pada musim ini cemerlang. Walaupun prestasi Rossi terumbang ambing. Namun beliau tetap menjadi tonggak penting dalam memberikan semak dan imbang kepada beberapa masalah Yamaha dengan senioriti yang ada padanya.

Valentino Rossi masih menaruh harapan untuk naik ke podium buat kali ke-200. Namun setakat ini beliau masih gagal.

Apapun semoga cepat sembuh kepada VR46.

Baca yang lain