WWE: The Fiend Memecah Watak Jahat Demi Seorang Kanak-Kanak Austistik

Bagi penggemar Wwe nama The Fiend Bray Wyatt sudah tidak asing lagi dengan wataknya yang psiko.

Wyatt kini memegang kejuaraan dunia didalam Wwe. Beliau juga memegang watak baru sebagai The Fiend yang membawa watak seperti Joker atau seorang Psiko.

Wyatt atau nama sebenarnya Windham Lawrence Rotunda dilahirkan 23 May 1987 di Brooksville, Florida,Amerika. Beliau telah membawa pelbagai watak dengan nama yang berbeza di pentas Wwe.

Permulaan Karier

Wyatt adalah ahli gusti profesional generasi ketiga yang mengikuti langkah Datuknya Blackjack Mulligan, Bapanya Mike Rotunda, dan dua orang Bapa Saudaranya, Barry dan Kendall Windham.

Adiknya Taylor Rotunda juga menyertai Wwe dengan menggunakan nama pentas Bo Dallas.

Wyatt bersama adiknya memegang kejuaraan FCW Florida Tag Team Championship sebanyak dua kali ketika mereka berdua beraksi dibawah naungan Pusat Pembangunan wilayah WWE, Florida Championship Wrestling (FCW).

Beliau beraksi di gelanggang FCW dari tahun 2009 hingga 2012. Dia juga telah membuat debutnya ke gelanggang Wwe pada tahun 2010 dengan menggunakan nama Husky Harris.

Husky adalah salah seorang anggota kumpulan Nexus yang di barisi oleh bintang dari program pencari bakat Nxt.

Nexus diketuai oleh Wade Barret dan dianggotai oleh bintang Nxt muncul ke acara utama Wwe dibawah rancangan mingguan Raw.

Mereka sering mencetuskan kontroversi ketika itu namun Husky hanya bersama Nexus sementara sahaja sebelom muncul semula dengan karakter baru.

Mula Memegang Watak Psiko

Selepas watak Huskey hilang, beliau muncul semua sebagai Bray Wyatt. Wyatt memegang watak seorang yang psiko dan beliau muncul bersama dua lagi bintang yang juga memegang watak psiko.

Erick Rowan dan Luke Harper adalah pembantu Wyatt dan mereka menggelar kumpulan mereka sebagai The Wyatt Family.

Wyatt telah memenangi pelbagai kejuaraan utama Wwe sepanjang karier beliau setakat ini. Antaranya beliau pernah memegang kejuaraan beregu dunia bersama Randy Orton, Luke Harper dan Matt Hardy yang juga membawa watak psiko ketika itu.

Selepas itu beliau telah berehat sementara waktu pada pertengahan tahun 2018. Wyatt kembali ke pentas Wwe pada April 2019 dengan gimik baru sebagai seorang penghibur kanak-kanak, yang mana dengan watak itu beliau ada slot sendiri yang dikenali sebagai “Firefly Fun House”.

Sementara itu pada masa yang sama beliau memulakan debutnya alter ego jahat yang dikenali sebagai “The Fiend”.

Dengan membawa watak The Fiend ini beliau telah berjaya menjadi Juara Dunia pada penghujung 2019.

Wyatt Memecah Watak Untuk Membantu Kanak-Kanak Austistik

Juara Universal WWE Bray Wyatt melakukan perkara yang sangat baik untuk seorang kanak-kanak lelaki autistik yang telah diserang di sekolahnya.

Ibu kepada kanak-kanak itu telah berkongsi cerita mengenai anaknya di laman sosial miliknya dan beliau telah “tagged” Wwe serta Wyatt sendiri di dalam twit beliau itu.

Beliau menceritakan perihal anaknya seorang Austistik telah dibuli disekolah kerana anaknya menghidap Austistik.

Ternyata pembuli itu telah memecahkan WWE “PopSocket” anaknya dan memotong t-shirt Wyatt dengan sepasang gunting. Anaknya trauma dan Wyatt membalas Twitt itu dengan meminta saiz baju anaknya berserta alamat untuk beliau menghantar t shirt itu.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau berada di belakang kanak- kanak itu di dalam hal ini.

Wyatt telah melakukan aksi yang sangat terpuji didalam hal ini. Beliau secara terang terangan memecahkan karakter jahatnya menjadi seorang yang bertanggungjawab dan penyayang. Hal ini mendapat perhatian dari banyak pihak yang memuji tindakan beliau.

Wyatt baru sahaja menewaskan Danial Bryan dalam aksi perlawanan merebut kejuaraan dunia di acara Royal Rumble.

Semoga Wyatt terus maju dan berjaya di Wwe. Walau beliau membawa watak jahat namun beliau tetap mendapat sokongan dari peminat Wwe kerana aksi nya yang mengagumkan dan pembawakan watak yang sangat sempurna.

Wyatt melihat tweet itu di mana dia mengatur untuk menghantar budak itu hadiah dan menambah bahawa dia telah kembali dalam keadaan ini.

Baca yang lain