The Iron Lady: Ini Kisah Penyokong Wanita Liverpool No.1 Yang Berjuang Demi Keadilan

Anne Williams digelar sebagai The Iron Lady kerana semangat kentalnya memperjuangkan keadilan dan kebenaran.

Anne Williams sanggup menentang kerajaan Britain yang menutup kebenaran di sebalik tragedi kemanusiaan, tragedi Hillsborough.

Anne Williams cuma seorang ibu, tidak berbeza dengan ibu lain. Ibu yang dihadiahkan dengan anak lelaki yang merupakan peminat bola sepak. Anaknya itu adalah peminat Liverpool FC.

Namun sang ibu langsung tidak pernah menyangka bahawa anak kesayangannya, Kevin, akan menjadi salah seorang mangsa yang meninggal dunia pada 15 April 1989.

Anne sangat memberi inspirasi. Bukan hanya di Liverpool atau di England sahaja, malah di seluruh dunia. Oleh sebab itu wajah Anne Williams berkibar di Spion Kops dan Anfield Road dengan tulisan Iron Lady.

Penyokong Liverpool mengiktiraf Anne sebagai Iron Lady sebenar. Mereka malah seringkali mengutuk Margaret Thatcher yang ketika itu menjadi PM semasa tragedi berlaku.

Thatcher digelar The Iron Lady oleh media Inggeris ketika dahulu. Namun di hati penyokong Liverpool, Iron Lady sebenar adalah Anne Williams.

Bukannya seorang perdana menteri yang mahu menyembunyikan kebenaran dan nak menutup kes.

Sejarah panjang tragedi Hillsbrough

Sejarah panjang tragedi Hillsborough bukan sahaja berkaitan dengan perjuangan ke atas pengabaian oleh kerajaan ke atas kematian orang yang disayangi.

Tetapi di dalamnya terkandung pelbagai cerita, spekulasi liar, pembohongan dan sikap tak mahu bertanggungjawab.

Di dalamnya juga terselit kisah beberapa manusia yang terus berjuang dan berjuang walaupun lebih dua dekad. Walaupun tahu sudah ramai yang melupakannya. Di antara mereka, Anne Williams adalah antara pejuang tegar.

Kisah Anne bermula pada 14 April 1989, ketika remajanya berusia 15 tahun meminta kebenaran darinya untuk menyaksikan perlawanan Liverpool FC berdepan Nottingham Forest pada separuh akhir Piala FA di Stadium Hillsborough.

Tetapi Anne dengan tegas menolak permintaan Kevin. Dia mengatakan bahawa Kevin terlalu muda untuk datang ke perlawanan di tempat lawan tanpa orang dewasa.

Kecewa dengan keputusan ibunya, anaknya mengurung dirinya di dalam biliknya dengan rajuk dan sedih.

Suami Anne dan ayah tiri Kevin, Steve, merasa kasihan pada anak itu. “Kevin kan asyik belajar. Sesekali biarkanlah dia pergi menyaksikan perlawanan,” kata Steve.

Anne kemudian memberitahu anaknya bahawa dia boleh pergi dan meletakkan  syarat, Kevin harus sentiasa berada berdekatan dengan polis dan pertugas keselamatan.

Kevin melompat kegirangan dan menyanyikan beberapa chants Liverpool di hadapan ibunya.

Kevin menelefon Anne di tempat kerja dan memintanya menghantarkannya sedikit makanan dan membelikan roti untuk dibawanya berjalan ke Hillsbrough.

Anne pergi bertemu Kevin dan memberitahu anaknya bahawa dia mendoakan Liverpool menang.

“Demi kamu, saya harap Liverpool akan menang.”

Anaknya membalas: “Tiada masalah ibu, 3-0 pasti!”

Tragedi Hillsbrough mengubah hidup Anne Williams

Ketika tiba di stadium Hillsborough, keadaan menjadi sangat sesak di Lepping Lane Tribune. Ada yang mulai sesak nafas kerana terlalu sesak.

Dan di situlah Kevin meninggalkan Anne buat selama lamanya.

Dua tahun selepas tragedi itu, dalam satu perbicaraan, Anne dan puluhan keluarga mangsa lain diberi laporan siasatan rasmi oleh polis.

Laporan menyebut bahawa Kevin dan mangsa lain meninggal dunia sebelum pukul 15:15 waktu tempatan.

Dan tidak ada yang dapat dilakukan oleh pihak keselamatan dan perubatan untuk menyelamatkan mereka selepas jam 15:15 petang.

Tragedi itu mengubah hidup Anne yang dahulunya hanyalah seorang ibu yang bekerja. Di mana waktu malamnya dia akan makan malam seperti biasa dan pada hujung minggu meluangkan masa dengan keluarga.

Selepas tragedi itu Anne Williams mulai sibuk dengan banyak perkara lain semata mata mahu menuntut keadilan. Dia mulai menjadi penggerak kepada kempen menuntut keadilan.

Perjuangan Anne

Ketika di mahkamah, Anne mendapat tahu kisah mengejutkan dari seorang polis. Kevin sebenarnya tidak mati pada jam 3:15 petang Malah anaknya sedar pada jam 4 petang dan mengatakan sesuatu.

“Dia sebut ‘ibu’?” Polis mengangguk menjawab pertanyaan Anne. Membuatkan Anne menangis.

Anne memberitahu wartawan: “Malam itu saya merasa kehilangan Kevin sekali lagi. Saya tidak dapat berhenti menangis dan bertanya mengapa mereka tidak memberitahu kata-kata terakhir Kevin dalam laporan rasmi,” kata Anne kepada wartawan.

Anne kemudian menemui orang terakhir yang bertemu dengan anaknya, Debra Martin.

“Debra mengatakan bahawa dia orang terakhir memeluk Kevin seperti bayi. Debra juga tidak pernah lupa bagaimana Kevin membuka matanya dan menyeru ‘ibunya’ sebelum menghembuskan nafas terakhir.”

“Saya gembira Kevin meninggal dalam pelukan wanita yang baik hati,” kata Anne.

Tetapi Debra kemudian memberitahu Anne bahawa dia diperintahkan oleh orang atasannya untuk mengubah laporan rasmi mengenai Hillsborough. Oleh sebab itulah laporan itu sangat bercanggah.

Polis menulis kematian Kevin adalah pada 15:15 meninggal. Tiada mangsa lain yang meninggal dunia lebih daripada waktu itu.

Kejadian ini membuat Anne mendedikasikan hidupnya untuk menolak laporan rasmi tragedi Hillsborough.

Dia bertekad untuk “mengembalikan” 45 minit hidup anaknya. Ini adalah perjuangan tanpa lelah melawan kerajaan yang seolah olah mahu melihat kes tragedi ini ditutup. Tiga kali Anne mengajukan laporan pemerintah rasmi untuk disemak dan kesemuanya ditolak.

Selain penolakan dari pemerintah, Anne dan keluarga mangsa lain yang menginginkan keadilan, sering mendapat teguran sinis. “Apa lagi yang awak semua cari? Wang pampasan?”

Kemarahan membuak buak di dalam diri mereka. Seolah olah mereka mahu meminta pampasan semata mata. Lalu bergemala: “Justice For The 96” yang berkumandang sehingga ke hari ini.

Justice For The 96

Ini kerana setahun selepas tragedi Hillsborough, atau pada tahun 1990, kerajaan Britain benar-benar mengeluarkan Laporan Taylor yang memperjuangkan bahawa ianya silaop penyokong seperti yang dilaporkan oleh The Sun.

Menurut The Sun, kejadian sesak itu bermula apabila para penyokong yang mabuk menimbulkan kerusuhan dan menceroboh masuk ke dalam stadium walaupun dah penuh.

Laporan The Sun juga menyatakan bahawa ada penyokong Liverpool yang kencing ke arah pihak polis.

Oleh sebab itu, penduduk di kota Liverpool tak kira penyokong Liverpool atau Everton melancarkan kempen boikot The Sun secara besar besaran.

Ramai juga mulai menganggap perjuangan Anne Williams adalah sia sia. Malah pada 1992, ada sebuah akhbar di Liverpool menerbitkan kisah Anne dan pertemuannya dengan Debra Martin, banyak yang bertanya:

“Mengapa orang-orang ini tidak ingin membiarkan kes ini mati?”

“Apa yang mereka cari dalam kes ini?”

Tetapi Anne masih tidak berdiam diri. Hatinya sedih mengenangkan pembohongan pada kematian Kevin.

“Ketika anda melahirkan anak ke dunia ini, butiran pada surat beranak adalah tepat. Ketika mereka mati, mereka juga berhak mendapat butiran yang tepat pada sijil kematian mereka,” kata Anne.

Oleh itu, demi kehormatan dan mahu anaknya ‘tenang’ di atas sana, Anne berjuang.

Kesedihan yang ditanggungnya berlanjutan sehingga bertahun-tahun berjuang menentang pembohongan.

Bersama keluarga mangsa lain, Anne menggerakkan Kempen Keadilan Hillsborough dan tanpa lelah mencari kebenaran.

Anne pernah pergi ke Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah, walaupun ditolak lagi.

“Saya berkenalan dengan ramai keluarga mangsa yang lain dan mendengarkan banyak cerita, mengenai orang yang mereka sayangi dan bagaimana rasanya menjalani ‘neraka’ pada hari itu.”

“Kami mengalami sangat risau. Kami ketawa, bertukar cerita, dan berharap suatu hari keadilan akan datang. Harap selepas apa yang mereka perlakukan kepada kami. penderitaan akan membayar dosa mereka, “tulis Anne dalam sebuah puisi.

Selama dua puluh tiga tahun, Anne tidak pernah mendapat keadilan. Tidak ada yang pernah dipenjarakan kerana kejadian ini. Tidak ada yang pernah mengakui laporan palsu kematian Kevin.

Yang ada pada Anne hanyalah kebenaran yang terlalu lewat untuk dikeluarkan.

Anne menghampiri kemenangan

Pada bulan September 2012, penemuan kes Hillsborough dari panel bebas didedahkan. Dan ternyata Debra Martin betul. Dari 96 mangsa yang terbunuh, sebenarnya 58 belum meninggal pada pukul 15:15. Dan 58 orang ini harus dapat tindakan perubatan segera.

Mahkamah memerintahkan siasatan baru untuk apa yang dikatakan sebagai penipuan terbesar dalam sejarah polis Britain.

Malangnya Anne tidak pernah (tidak) mempunyai masa lagi. Kanser telah memakan tubuhnya yang semakin melemah, walaupun tidak pernah menghalang kekuatan cinta untuk anaknya.

Tepat pada 15 April 2013, Anne telah menghadiri peringatan kejadian Hillsborough ke-24, walaupun doktor melarangnya kerana keadaannya yang kritikal.

Tiga hari kemudian, pada 18 April 2013, Anne meninggal dunia.

Pada pengebumiannya, 800 ratus orang mengawal wanita yang telah bertahun-tahun menolak untuk ditipu dan dibohongi.

Inilah penyokong wanita no.1 Liverpool yang sebenar walaupun dia mencintai Liverpool kerana anaknya.

Wanita yang memberikan inspirasi kepada semua warga dan bangsa Liverpool di kota Merseyside.

Kemenangan buat JFT96

Walaupun jasadnya sudah tiada, namun para penyokong Liverpool meraikan kemenangan dan keadilan yang diperjuangkan Anne Williams pada 2016.

Ini selepas kerajaan Britain mengesahkan bahawa kejadian Hillsbrough adalah kecuaian pihak polis dan menganggap kematian semua mangsa adalah tidak berlandaskan undang undang yang sepatutnya.

Itulah hari para keluarga mangsa yang bertahu tahun meminta keadilan meraikan kemenangan. Namun segalanya mustahil berlaku jika tidak ada Anne Williams.

Seluruh dunia memberikan penghargaan kepada kejayaan Justic For The 96.

Everton mengenepikan permusuhan di atas padang dan memberikan slot khas untuk JFT96 dalam program hari perlawanan mereka.

Dan ini beberapa lagi penghargaan dan sokongan yang lain:

 

 

The Sun kemudian meminta maaf di atas kesilapan fakta dalam penulisan mereka. Malah The Sun meminta peminat Liverpool dan Everton tidak membabitkan staf penulisan mereka hari ini yang menurut mereka belum lahir lagi ketika penulisan penuh penipuan itu dibuat.

Namun tidak semudah itu, kerana The Sun terus dibenci!

 

Baca yang lain