The Little Magician Yang Pemalu

Philippe Coutinho dilahirkan pada 12 Jun 1992 di Rio de Janeiro, Brazil melalui pasangan Ze Carlos Coutinho (ayah) dan Dona Esmeralda Coutinho (ibu).

Dia membesar dalam keluarga pertengahan-rendah. Dia merupakan seorang budak yang pemalu dan tidak boleh tinggal bersendirian, malah akan menangis sepanjang hari jika dipaksa melakukan sesuatu yang tidak disukainya.

Perjalanan menjadi seorang yang masyur bermula di sebuah rumah di Rocha, Rio de Janeiro. Rumahnya berhampiran dengan stadium ikonik Maracana.

Countinho hanya melihat orang bermain bola sepak di atas padang simen berhampiran rumah. Di padang simen itu juga dia menjadi penonton kepada dua abangnya Cristiano dan Leandro.

Di padang simen itu juga dia bakal menujukkan bakatnya.

Countinho mudah mengagumi kanak-kanak lain termasuk abangnya.

“Mereka sentiasa bersama bola setiap masa seperti majoriti kanak-kanak di negara ini. Sudah semestinya saya mahu menjadi seperti mereka.” Kata Coutinho

Tetapi dia tidak sedar tentang satu perkara.

Coutinho tidak sedar dia lebih bagus. Dia tidak sedar dia lebih berbakat dari mana-mana pemain yang bermain di atas padang simen itu.

Pada usia 6 tahun, kemahiran Coutinho berkembang dengan cepat dan mengejutkan ramai orang. Mereka tidak percaya bagaimana seorang budak pemalu boleh mampu menjadi sebaik itu.

Kawan kepada neneknya menggesa bapa Coutinho supaya mendaftar masuk ke dalam kelab tempatan supaya bakatnya tidak terbiar.

Tanpa ragu-ragu ayahnya mengikut saranan itu dan Coutinho menyertai kelab tempatan dan bermain dalam kejohanan tempatan.

Kali ini dia tidak malu kerana kebanyakkan rakan dalam pasukan itu merupakan kawannya sejak kecil.

Beberapa bulan kemudian, jurulatih Vasco mendekati penganjur kejohanan tempatan yang disertai Coutinho. Mereka tertarik dengan Coutinho yang menampilkan bakat berbeza dari pemain lain.

Jurulatih Vasco menawarkan Coutinho sesi percubaan bersama kelabnya, ia menjadi detik perubahan kepada pemain itu.

“Saya menangis dan saya tidak mahu bermain kerana saya malu.” Coutinho mengimbas detik itu.

Ketika hadir dalam sesi percubaan dia bersama ayahnya berdiri di tempat penonton dan melihat kanak-kanak lain memanaskan badan di padang.

“Saya merupakan orang baru dalam kumpulan itu, semua orang sudah mengenali antara satu sama lain jadi saya rasa malu dan tidak selesa.” Katanya

“Selepas beberapa ketika dan sedikit motivasi, saya rasa okay. Apabila saya mula bermain, semuanya menjadi seperti biasa. Tidak ada rasa malu lagi dan saya menikmatinya.”

“Saya mula terfikir, okay saya boleh menjadi pemain profesional apabila saya mendapat panggilan menyertai skuad B-14 tahun Brazil.” Dedah Coutinho

“Saya terpilih banyak kali bersama ramai pemain berbakat lain, jadi saya melihat ia menjadi jalan kepada karier saya – sesuatu yang boleh saya lakukan, sesuatu yang saya mahir. Akhirnya saya sedar saya perlu berfikir dengan lebih serius tentang perlawananan.”

REPORTAJE A LA SELECCION DE BRASIL SUB 16 – 20080318

Abangnya dan Aina (seterusnya menjadi isteri Coutinho) mengikutnya kemana sahaja, melihat semua perlawanan yang dimainkannya.

Pada usia 16 tahun, Coutinho mendapat peluang terbesar dalam kariernya. Inter Milan membelinya dengan harga $ 7.7 juta.

Bagaimanapun dia dikekalkan di Vasco selama 2 musim atas terma pinjaman bagi membolehkan bakatnya terus berkembang dan akan menyertai kelab Itali itu pada usia 18 tahun.

Kembali semasa kecilnya Coutinho dipanggil The Little Magician oleh para peminatnya. Dia mempunyai kemahiran mengendalikan situasi bola mati atau sepakan percuma.

Gelaran itu membantunya berkembang dengan cepat, potesinya naik ke tahap tertinggi. Dia tidak perlu menunggu lama apabila menjadi pemain utama Brazil sebagai playmaker ketika masih muda.

Dia juga boleh bermain di bahagian sayap, dibelakang penyerang atau secara bersendirian. Kepekaan dengan permainan, kemampuan melakukan hantaran dan ketepatan hantaran menjadikan Coutinho unik dari pemain lain.

“Unik bukanlah satu perkara yang mudah. Ia sukar kerana berjuta orang mahu menjadi seperti itu. Semua itu menjadi impian kanak-kanak di Brazil kerana bola sepak seperti kilang.” Kata Coutinho

“Anda perlu berikan segala-galanya kerana ‘kilang’ tersebut sentiasa penuh. Perkara ini sentiasa berada dalam fikiran anda yang mana jutaan kanak-kanak cuba melakukan perkara yang sama.”

“Tetapi saya tahu ianya bukan semata-mata kemahiran dan teknik, anda perlukan memiliki kekuatan mental dan keingginan melakukannya.”

“Ramai rakan yang bermain bola sepak bersama saya dahulu tidak menjadi pemain bola sepak profesional. Kadang-kadang orang fikir mudah untuk menjadi pemain bola sepak. Bagi saya ia sukar dan perlukan kerja keras tanpa henti.”

Selepas 3 musim bermain bersama Inter Milan, Coutinho menyertai Liverpool pada musim 2012-13. Dia diangkat menjadi sebagai pemain utama the reds pada musim ke-2 di Anfield.

Coutinho mengekalkan status itu selama 5 musim sebelum berpindah ke Barcelona namun kariernya tidak menepati apa yang diharapkan. Dia kemudian dipinjam ke Bayern Munich sehingga tamat musim ini.

Baca yang lain