The Red Devils: Makna Di Sebaliknya

Ramai peminat rivals United mengaitkan The Red Devils dengan spiritual dan menyatakan ia adalah bukti Manchester United sebagai anti kepada agama ataupun atheist.

Sejauh mana kebenaran ini?

Kenapa ada ramai mengaitkan Manchester United dengan spiritual syaitan?

Kelab ini asalnya digelar Newton Heath LYR Football Club in 1878, sebelum ia ditukarkan kepada Manchester United in 1902.

Kontroversi

Dahulu, penyokong Manchester United digelar ‘The Heathens’.Nama inilah yang membuatkan orang menggelar mereka memang anti kepada agama kiristian dan agama lain.

Perkataan Heathens ini merujuk kepada Atheist.

Definisi dari dictonary. com:

Heathen/Heathens – (in historical contexts) an individual of a people that do not acknowledge the God of the Bible; a person who is neither a Jew, Christian, nor Muslim; a pagan.
2. Informal. an irreligious, uncultured, or uncivilized person.
adjective
3. of or relating to heathens; pagan.
4. Informal. irreligious, uncultured, or uncivilized.

Tetapi sebenarnya, mereka bukanlah pemuja syaitan seperti yang dicanang. Mereka menggelar diri mereka The Heathens kerana kelab tersebut ketika itu bernama Newton Heath LYR.

Sebab tu korang tengok fans United akan pakai skaf warna hijau kuning kalau ada protes. Itu menunjukkan warna asal kelab mereka.

Atas sebab agak kontroversi, gelaran The Heathens ini ditukar kepada United. We Are United! Lebih kurangla.

The Busby Babes

Era Matt Busby selepas perang dunia ke-2 menyaksikan United menjuarai liga 1952 buat pertama kali selepas 41 tahun penantian. Mereka turut memenangi Piala FA.

Beliau banyak menggunakan pemain muda, terutama sekali pemain dari akademi mereka.

Mereka berjaya memenangi liga dengan purata umur pemain 22 tahun.

Menariknya, mereka menjadi pasukan Inggeris pertama bermain di Eropah. Sepatutnya Chelsea menjadi yang pertama namun FA England melarang Chelsea ke kejohanan Eropah pada tahun sebelumnya.

Busby menentang keras dasar FA ini dan United ketika itu berjuang dengan keletihan dan jadual padat kerana FA England tidak mahu memberikan toleransi lebih banyak kepada jadual mereka.

Malangnya, skuad muda United ini terlibat dengan nahas udara Munich ketika kempen Eropah mereka. Selepas terlibat dalam nahas udara Munich, media British menggelar mereka The Busby Babes.

Era The Red Devils

Selepas nahas udara 1958, Sir Matt Busby mahu nama The Busby Babes tidak digunakan lagi.

Beliau menganggap sebarang cubaan menyebut The Busby Babes lagi selepas pasukan 1958, ia adalah satu ‘penghinaan’ kepada pemain-pemain yang telah meninggal. Oleh itu, hanya ada 1 era The Busby Babes.

Matt Busby setuju untuk membina semula United dengan survival nahas Munich seperti Harry Gregg, Bobby Charlton and Bill Foulkes.

Dalam era pasca nahas Munich, pemain United tidak lagi digelar The Busby Babes meskipun mereka muda.

Matt Busby mencari satu nama baru untuk menjadi ‘propaganda’ penaik semangat pemain United.

 Klab ragbi Salford

Di Bandar Manchester, mereka ada kelab ragbi bernama Salford. Kelab ini diberikan gelaran The Red Devils. Dari mana datangnya?

Dalam satu jelajah kelab ini ke Perancis, mereka adalah pasukan under dog yang menewaskan banyak pasukan besar. Mereka menjadi kelab pertama yang dijemput dalam ragbi jelajah Perancis itu.

Dipetik dari laman wikipedia Salford Red Devils:

Salford menjadi pasukan kelab pertama dijemput menyertai jelajah France. Menariknya, dalam debut mereka, Salford menang kesmeua 6 perlawanan berhadapan dengan pasukan besar dalam cara yang digelar media Perancis ‘kejam, dah macam setan.’

Lalu akhbar Perancis menggelar mereka ‘Les Diables Rouges’ ataupun The Red Devils.

Semangat Salford ini yang menarik perhatian Sir Matt Busby dan beliau menggunakan gelaran yang sama untuk Manchester United ‘baru’ selepas tragedi Munich.

Sir Matt sangat sukakan gelaran The Red Devils itu kerana nampak sangat ‘setan’ bunyinya kepada lawan mereka.

Jadi, sangat jauh bezanya untuk mengaitkan Red Devils dengan kontroversi perkataan Heathens.

Beliau menggabungkan pemain akademi dengan pemain berpengalaman dalam projek membina semula Manchester United.

Busby dan The Red Devils menjuarai Piala FA 1963. Mereka menjuarai Liga pada 1965 dan 1967. Hampir menjuarainya pada 1968 tetapi dipintas oleh Manchester City.

Kejayaan Eropah

Kejayaan paling signifikan pastinya Juara Eropah pada 1968 Inilah kejohanan di mana The Busby Babes ketika dahulu tidak dapat selesaikan misi mereka kerana nahas udara.

Bukan biasa-biasa team mereka kalahkan tau. Pasukan Benfica yang ada Eusebio.

Selepas menjuarai Piala Eropah, Sir Matt Busby bersara. Misi beliau selesai! Dan beliau tenang untuk menyerahkan Manchester United kepada penggantinya.

The Red Devils adalah jenama global

Pada 1970 Manchester United menggunakan nama Red Devils dan mengeluarkan mafla/skaf Red Devils.

Pada 1994, United mencipta maskot rasmi kelab mereka yang baru selepas kali terakhir maskot mereka adalah Jack The Iron (1940-1963).

Maskot baru ini dalah Fred The Red yang merupakan simbol kepada The Red Devils.

Rumusan

Jadi, untuk melabel The Red Devils sebagai simbole pemujaan syaitan adalah tidak tepat.

The Red Devils berjaya menjadi salah satu entiti dan jenama yang paling berpengaruh di dunia pada hari ini. United menggunakan ia dalam urusan rasmi kelab mereka.

Selain Manchester United, The Red Devils juga menjadi nickname kepada pasukan kebangsaan Belgium, Korea Selatan and Belarus. Untuk kelab pula, ia turut digunakan FC Kaiserslautern, dan Crawley Town.

Itulah sejarah nama The Red Devils. Dan agak ironi, kelab ragbi Salford Red Devils masih ada lagi sehingga ke hari ini seperti Manchester United. Cuma United sudah menjadi antara pasukan yang paling banyak pengikut di muka bumi.

Jika ada wrong info, sila betulkan saya, jangan maki atau sampai masuk group wassap korang. Saya ni fans bilik sebelah. Tetapi saya menulis ini atas dasar We Are Rivals Not Enemies.

Baca yang lain