The Rock Bakal Membuat Kemunculan Semula Menentang Roman Reigns

Para peminat WWE kini sedang teruja dengan ura-ura kemunculan semula The Rock yang dikatakan akan membuat perhitungan dengan anak buahnya Roman Reigns.

Perlawanan yang bakal menggemparkan dunia gusti itu dilaporkan akan berlangsung di kejohanan terbesar WWE, WrestleMania 37 tidak lama lagi.

Apa yang membuat para peminat lebih yakin perlawanan itu akan terjadi adalah dengan melihat situasi Roman Reigns yang kini sedang berperseteruan dengan sepupu kandungnya sendiri, Jey Uso.

Adakah kemungkinan perseteruan kekeluargaan yang bakal membina satu perlawanan terbesar tidak lama lagi? Ianya mungkin akan terjadi.

Selain dari itu, pada awal minggu lalu, Paul Heyman telah menyeru The Dwayne Johnson dan mendakwa bahawa The Rock sendiri yang mencabar Roman Reigns untuk bertarung dan bukanlah sebaliknya.

Jadi, menurut Paul Heyman, The Rock kini sedang mencari lawannya untuk bertarung dan sekiranya keterujaan yang dicetuskan oleh Heyman benar, bagaimana dengan Roman sendiri?

Bagaimana perasaan Roman apabila diberi peluang untuk masuk ke gelanggang dan bertarung satu lawan satu menentang penggusti terhebat sepanjang zaman itu?

“Ianya sangat menakjubkan.”

Jelas Juara Universal WWE itu kepada ESPN.

“Dari kesemua penggusti dalam generasi saya untuk dapat bekerjasama dengan bintang seperti dia, pastinya membanggakan, dia seorang yang telah melakukan segalanya bukan hanya sekadar aksi dalam gelanggang tetapi dalam dunia perfileman dan dunia hiburan utamanya.”

“Dia adalah bintang yang mempunyai berbillion pengikut, jadi seandainya dia boleh memberi sokongan kepada generasi kami sekarang dan membantu menaikkan rating di WWE, ianya pasti sangat mengagumkan.”

“Walau hanya berpeluang dapat berkongsi dan berdiri dalam satu gelanggang bersama dia sudah cukup buat saya bangga.”

“Sekarang juga saya sedang menikmati dengan apa yang saya lakukan dengan berkongsi gelanggang bersama dengan sepupu saya Jey Uso.”

“Ianya dapat menceritakan tentang kisah keluarga kami dalam dunia WWE ini dan ianya tentang susur galur serta sejarah dan dari mana kami datang serta membawa nama besar keluarga kami, ianya cukup menakjubkan.”

“Saya mahu meneruskan dan membawanya ke tahap lebih tinggi, itu lah apa yang saya cuba untuk lakukan sepanjang masa.”

Ianya pasti sangat menarik untuk ditonton apalagi kedua-dua mereka adalah penggusti terbaik di era masing-masing dan ikatan kekeluargaan yang mereka miliki membuatkan jalan cerita untuk perlawanan ini semakin menarik untuk ditonton.

Pertemuan antara The Rock dan Roman Reigns telah lama diimpikan oleh para peminat gusti dan sudah terlalu lama masa yang diambil oleh WWE untuk merealisasikan impian para peminat menyaksikan perlawanan penuh bersejarah itu.

Sudah pastinya dengan situasi seperti sekarang, kemunculan The Rock dan menemukan beliau dengan Roman Reigns akan membantu WWE menarik lebih ramai penonton.

Jadi mungkinkah kedua-dua penggusti hebat dari keluarga Samoa ini akan dipertemukan di pentas WrestleMania 37 nanti?

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan