The Ruins: Kisah Sekumpulan Remaja Di-lockdown Di Atas Bukit

Apabila kau dah buat salah maka kau kena tanggung akibatnya. Lebih kurang begitulah ayat yang sesuai menggambarkan filem The Ruins.

Filem yang berbajet rendah namun kualitinya boleh tahan power.

Kalau korang mencari satu alternatif untuk filem lockdown ala ala pandemik seperti Quarantine, filem ni boleh korang try. Tapi aku ingatkan siap siap, ianya filem yang banyak aksi gore.

Adaptasi dari novel best selling

Filem ini diadaptasi daripada sebuah novel karya Scott B. Smith dengan judul yang sama. Ramai yang menyatakan novelnya sangat seram.

Anda bayangkan sekumpulan pelancong yang terdiri daripada anak anak muda pergi ke tempat yang dilarang untuk pergi dan kemudin di lockdown di bukit itu, tak boleh keluar lagi.

Sehingga orang kampung di situ berkampung di sekitar kaki bukit tak mahu mereka keluar dari tempat itu lagi.

Sampai bila nak tinggal di atas bukit tu? Macamana dengan balik rumah?

Biasanya memang macam ni. Filem luar negara pun macam kita juga, watak melanggar peraturan dan apa yang orang tegah ni biasanya orang muda.

Mereka berusaha untuk bercuti sebuah bukit yang mereka tak tahu tempa tu angker dan mistik.

Orang tempatan di situ melarang sesiapa sahaja naik ke atas bukit tersebut. Namun biasalah, orang muda, saja nak melawan arus sebab nak ceritakan kepada orang lain.

Mereka akhirnya menemui lokasi itu dan meraikan kejayaan mereka.

The Ruins

The Ruins mengisahkan cerita percutian Jeff (Jonathan Tucker), Amy (Jena Malone), Eric (Shawn Ashmore), dan Stacy (Laura Ramsey) di sebuah tempat di Mexico.

Mereka berempat akhirnya bertemu dengan Mathias, seorang pelancong dari Jerman.

Mathias kebetulan sedang melakukan kajian arkeologi tentang sebuah kuil peninggalan suku Maya di pedalaman Mexico.

Lalu Mathias menyatakan dia mahu melawat saudara dia yang ada di sana dan menceritakan kecantikan tempat tersebut.

4 remaja Amerika tadi tertarik dan mahu menyertai Mathias dengan seorang lagi rakannya.

Mereka berenam akhirnya tiba di sebuah kuil peninggalan suku kaum Maya. Memang cantik.

Namun ketika mereka tiba di kaki bukit kuil tersebut, penduduk suku kaum Maya yang masih ada di sana telah melarang mereka untuk ke sana.

Ketika sedang cuba bercakap dengan penduduk tersebut, Amy secara tak sengaja terpijak tanaman menjalar yang di sekeliling kuil itu.

Lalu mereka semua telah dikepung oleh belasan orang suku Maya bersenjata lengkap dan tak boleh pergi dari tempat tersebut.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila kaum Maya itu sanggup membunuh Dimitri dengan anak panah.

Karena panik, akhirnya kelima remaja ini berusaha menyelamatkan diri dengan naik ke puncak kuil tersebut.

Mereka telah di-lockdown oleh orang Maya. Mereka pelik kenapa sampai begitu sekali? Mereka tercederan.

Di atas kuil tersebut mereka hidup dengan bekalan makanan dan minuman yang sedikit.

Paling teruk tanaman menjalar tadi telah menerkam mereka sampai mati. Menjalar masuk di dalam badan mereka.

Barulah mereka sedar bahawa kuil itu sebenarnya ada tanaman yang mistik dan membunuh.

Mereka mulai cuba mendapatkan simpati daripada kaum maya di situ, selepas satu persatu nyawa rakan mereka melayang. Namun ianya tak dapat.

Mereka juga mendengar ada suara yang lain bersama mereka di situ. Lalu mereka mencari suara itu. Kot-kot ada manusia lain yang terperangkap di situ.

Mereka sedar, mereka perlu keluar daripada tempat itu secepat mungkin. Tanaman di situ semakin ganas.

Rasanya ini antara cerita tentang tanaman paling gore pernah aku tengok.

Paling teruk, apabila orang Maya ni sanggup menembak orang mereka sendiri yang disentuh oleh salah seorang remaja ini.

Mereka menganggap benda tu satu pandemik pula.

Namun mesej yang cuba disampaikan dalam filem ini, apabila korang masuk ke tempat orang, sila hormati budaya orang di sana. Berhati hati. Dapatkan maklumat sebelum menjejakkan kaki di tempat orang.

Filem ni sangat dirokomendasikan kepada mereka yang sukakan filem yang tegang dan gore.

Baca yang lain