The Times: Legenda Indie Yang Dirindui Peminat

The Times bukanlah kumpulan yang asing di kalangan peminat Indie pada pertengahan dekad 2000-an.

Mereka kumpulan yang dikenali dengan gaya muzik Brit 60-an dan Rock n Roll.

Mereka boleh dianggap sebagai legenda di kalangan peminat Indie. Gaya muzik mereka memang menawarkan escapisme yang tersendiri.

Beberapa lagu mereka menjadi siulan dan juga petikan di studio jamming pada ketika itu termasuk “Dari Singapura Ke Kuala Lumpur”, lagu pilihan peribadi aku minat – “Gadisku Dalam Koma”, “Pesona Algebra”, “Lipstik” dan banyak lagi.

Malah sehingga ke hari ini, peminat mereka masih menunggu aksi The Times di atas pentas dan juga naskah terbaru mereka.

Awal kemunculan

The Times asalnya ditubuhkan oleh 2 bekas ahli OAG iaitu, Naza dan Mono. Kalau korang follow rapat scene indie ataupun alternatif satu ketika dahulu, nama Naza dan Mono ni memang korang akan tau.

Banyak juga project dan side project diorang ni. Dan The Times ni boleh dikatakan antara projek besar diorang.

Naza dan Mono meninggalkan OAG ketika itu dan mereka mulai mencari satu projek baru.

Mereka berdua menyerap masuk beberapa ahli lagi untuk melengkapkan line up The Times termasuk Irfan, Alem, Hamzah, dan Nazreen.

Irfan ni pun bermain dram untuk ACAB. Oleh kerana Megat ketika itu telah terbang ke UK, maka ACAB terbeku seketika.

Lalu Irfan pun menyertai The Times, kerana menurutnya, beliau tiada benda nak buat ketika itu.

Irfan memberitahu FMT: “The Times adalah projek yang dimulakan oleh Naza dan Mono ketika mereka meninggalkan OAG pada waktu itu.”

“Saya pula bermain untuk ACAB. Tetapi apabila Megat (vokalis ACAB) terbang ke UK atas alasan tertentu, saya tidak ada benda nak buat.”

“Jadi saya mencarilah mana-mana kumpulan yang ada untuk saya bermain muzik. Dan, secara kebetulan, pengurus Naza dan Mono menghubungi saya dan bertanya sama ada saya tertarik untuk bermain untuk mereka (The Times).”

“Saya segera berkata ya, dan dalam masa dua minggu, saya selesai merakam bahagian dram album pertama kami, Soda Pop Rok N Roll. Ia terasa begitu pantas!”

Anak muda ini (ketika itu anak muda la) telah meninggalkan kesan yang penting dan membekas dalam industri muzik indie.

Mereka berjaya menghasilkan album Soda Pop Rok N Roll, Nada Melankolik Malaya, dan juga Modern Minimalis Glamour.

Genre

Dengan gaya muzik unik dan bersahaja ala ala gaya pop British era 60-an, The Times meluncur laju di garis masa ketika itu.

Muzik The Times banyak dipengaruhi oleh Britpop, termasuk penampilan, penulisan lirk, dan gaya mereka.

Kebanyakan lagu mereka ditulis oleh Herri Hamid (Bittersweet). Herri memang seorang pemuzik yang dipengaruhi elemen Britpop.

Irfan turut menyatakan bahawa The Times juga banyak menjadikan kumpulan seperti Oasis, Blur, Kula Shaker, The Stone Roses, The Kinks, The Police sebagai rujukan. Sebenarnya banyak lagi.

Mereka kemudian dijemput untuk beraksi di Rock The World 9 di hadapan 17,000 penonton yang ketika itu menyanyi bersama-sama lagu mereka.

Ianya pengalaman yang menurut Irfan sebagai gila dan beliau tergamam di sudut dram di belakang sana.

Tidak sangka lagu mereka bole dihafal begitu ramai orang.

The Times Yang Dirindui

Malangnya, The Times tidak kekal lama. Mereka berpecah tiba tiba. Ianya berlaku atas pelbagai sebab dan kesulitan.

Irfan menegaskan, ianya rumit. Dan beliau jujur menyatakan: “I guess we just tak boleh kerja sekali dah.”

Pengurus band, gitaris, dan drummer meninggalkan band itu pada lewat 2009 dan awal 2010. Dan Irfan tak bersembunyi menyatakan bahawa, The Times berpecah kerana isu biasa di dalam band.

Ada yang terpaksa melupakan band kerana ada kepentingan lain yang lebih utama dan ada yang mulai menuju ke arah genre muzik yang lain. Segalanya itu membuatkan The Times akhirnya berkubur.

Namun begitu, sehingga ke hari ini, The Times masih lagi dicari oleh pengelola persembahan / festival untuk melakukan reunion.

Irfan menyatakan, ianya impian menjadi kenyataan bagi ramai peminat, jika mereka dapat reunion dan beraksi lagi di satu pentas, untuk satu persembahan terakhir.

Band ini kembali aktif dengan membawa nama The Times AKA , dengan line-up baru dari Kumpulan Sinopsis, kecuali Naza yang masih kekal menjadi vokalis untuk The Times.

Namun ianya tetap tak akan sama dengan The Times yang sebenar.

PENCAPAIAN DI INDUSTRI MUZIK

  • 2009 – Modern Minimalis Glamour Nominee For “Best Rock Album” in Anugerah Industri Muzik 16.
  • 2009 – Nominee For Best Rock Song “Tunjuk Perasaan” in AVIMA 2009 Asia Voice Independent Music Award 2009.
  • 2009 – 6 weeks No 1 in Channel Amp Asia Chart for 3rd single “Khayal Khayalan”.
  • 2008 – 29 weeks No 1 in Channel Amp Asia Chart for 1st single “Singapura Kuala Lumpur”.
  • Nominated Top 5 best new artist to Anugerah Industri Muzik Malaysia 2005 for “SODAPOP ROK & ROL” album.
  • Ikon Remaja, Yayasan Patriotik Bangsa, Kementerian Perpaduan Negara.

Sumber: FMT 
Malaysia Heaven

Baca yang lain