The World of the Married Tamat Dengan Pecah Rekod Sendiri Selepas Atasi Sky Castle

Drama bersikir JTBC “The World of the Married” telah menamatkan sirinya dengan penuh sensasi.

“The World of the Married” telah berjaya memecahkan rekodnya sendiri pada episod terakhir. Sekaligus mencatatkan sejarah sebagai drama bersiri Kora yang paling tinggi rating tontonan di televisyen kabel di Korea Selatan.

Menurut data oleh Nielsen Korea, episod akhir “The World of the Married” mendapat skor purata 28.37% mengatasi rekod episod sebelumnya yang mencatatkan skor purata tontonan 24.44%.

“The World of the Married” telah menjadi hits sejak awal ditayangkan. JTBC menikmati rekod tontonan yang meningkat setiap minggu.

Ianya terus meningkat naik dan mendaki carta untuk drama Korea paling tinggi tontonan sepanjang zaman.

Dan pada episod ke-12, “The World of the Married” telah berjaya mengatasi drama “SKY Castle,” – yang sebelum ini bertahta sebagai drama paling tinggi tontonan di siaran tv kabel.

Mengukuhkan lagi namanya, “The World of the Married” juga diiktiraf VIU Asia sebagai drama Korea yang paling tinggi carian di platform mereka.

Syabas kepada “The World of the Married”. Drama yang mengisahkan kisah rumah tangga yang bergolak kerana kecurangan dan orang ketiga.

Drama ini menjadi fenomena di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Ketika Lockdown melibatkan berbillion manusia di seluruh dunia sejak Mac, drama ini antara drama yang menjadi hiburan kepada ramai.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan