Theeraton Pertimbang Tolak Main Piala AFF Kalau Tiada VAR: “Saya Tak Suka Penyokong Saling Membenci”

Theeraton Bunmathan terbuka menyatakan kekecewaannya dengan mutu pengadilan Piala AFF 2022. Di mana menurutnya, masih ramai pemain yang bermain kasar namun tidak dihukum selayaknya.

Lantas kapten Thailand itu merayu agar Piala AFF menggunakan VAR pada edisi yang akan datang.

Theerathon kecewa kerana impak daripada pengadilan yang lemah dan diikuti sikap pemain yang licik bermain kotor membuatkan para penyokong saling bergaduh dan saling membenci.

Sedangkan semuanya berjiran di rantau Asia Tenggara.

Theerathon berkata: “Saya nak VAR diimplementasi di Piala AFF. Saya tak suka melihat ada pemain yang bermain tidak adil.”

“Kita adalah Asia Tenggara, kita semua jiran tetangga, tak perlu bermain cara kotor.”

“Kita tak seharusnya bergaduh dengan satu sama lain dan saling membenci hanya kerana ada segelintir pemain yang bermain kotor.”

“Saya mungkin tidak akan mempertimbangkan untuk bermain dalam Piala AFF lagi selepas ini jika tiada VAR digunakan.”

Theerathon bukannya cakap tak serupa bikin. Dia memang tak suka penyokong saling membenci dan mengejek.

Dia malah pernah menegur penyokong Thailand dan meminta mereka menghentikan troll ke atas penyokong Malaysia.

Di mana selepas itu Ultras Malaya memberikan tabik hormat kepada Thailand dan menyanyikan lagu khas untuk mereka.

Thailand menjuarai Piala AFF 2022 menewaskan Vietnam dalam perlawanan akhir yang berlangsung secar format timbal balik.

Aksi pertama berkesudahan seri 2-2.

Namun aksi kedua dimenangi oleh Thailand hasil jaringan kejuaraan oleh Theerathon Bunmathan.

Baca yang lain