Theo Hernandez: “Messi Tidak Menakutkan Kami”

Pemain pertahanan Perancis, Theo Hernandez bertegas bahawa Lionel Messi tidak menakutkan Perancis ketika mereka bersedia untuk menentang Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia Ahad ini.

Les Bleus menempah tempat ke final buat kali kedua berturut-turut dengan kemenangan 2-0 ke atas Maghribi petang Rabu, meninggalkan mereka hanya satu kemenangan lagi untuk menjadi pasukan pertama mengekalkan Piala Dunia sejak Brazil pada 1962.

Argentina adalah halangan terakhir mereka mereka, dengan magis yang ada pada Messi telah memberikan inspirasi kepada mereka sehingga mara ke final.

Dalam perlawanan akhir Piala Dunia, ramai yang percaya sudah tertulis bahawa dia akhirnya akan menjulang Piala Dunia dan mengukuhkan statusnya sebagai GOAT dalam generasinya.

Hernandez – yang menjaringkan satu daripada dua gol Perancis dalam kemenangan separuh akhir ke atas Maghribi – menegaskan Messi tidak memberikan sebarang ketakutan terhadap anak buah Didier Deschamps dan mendakwa mereka tidak akan melepaskan trofi yang mereka miliki tanpa berjuang mati matian.

“Beraksi dua perlawanan akhir Piala Dunia berturut-turut adalah saat yang luar biasa. Kami melakukan kerja yang baik, ia sukar, tetapi kami berada di final,” kata Hernandez kepada stesen Itali RAI Sport selepas kemenangan separuh akhir.

“Kami akan berusaha susah nak menang final ni. Sekarang kita perlu memikirkan tentang perlawanan akhir. Saya penat, tetapi ia bagus untuk memenangi separuh akhir Piala Dunia. Sekarang kita fokus untuk pulih dulu menjelang hari Ahad.”

“Messi tidak menakutkan kita, Argentina adalah pasukan yang luar biasa tetapi kita mempunyai beberapa hari untuk bekerja.”

Perancis turut memiliki bintang mereka sendiri iaitu Kylian Mbappe – rakan sepasukan Messi di PSG – dan dia membantu dalam gol kedua Perancis menentang Maghribi. Dia menunjukkan beberapa siri gerakan pantasnya yang sukar dibendung.

Pengurus Les Bleus, Deschamps berbangga dengan pasukannya kerana berjaya mengatasi lawan yang menurutnya telah berlatih dengan baik, walaupun Perancis adalah pasukan pilihan utama.

Deschamps berkata: “Kemenangan ini membangkitkan emosi dan kebanggaan. Hari ini adalah perlawanan yang sangat penting.”

“Kami telah bersama-sama dengan pemain selama sebulan sekarang, ia tidak pernah mudah dan kami juga mempunyai tuah setakat ini, pemain telah diberi ganjaran sebagai satu pasukan dan kami akan memburu gelaran Ahad. Ia sangat mengagumkan”.

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan