Thiago Motta Digelak Kerana Mahu Bermain 2-7-2, Sebenarnya Ini Penjelasannya

Share on facebook
Share on twitter

Thiago Motta pernah menyatakan bahawa beliau mahu bermain formasi 2-7-2 dalam bola sepak. Beliau menyatakan perkara itu ketika baru dilantik menjadi pengurus pasukan B-23 PSG selepas bersara.

Malah media di Itali mulai mempersoalkan, adakah Motta benar benar berani bermain 2-7-2 ketika menguruskan Genoa? Motta dilantik menjadi pengurus Genoa  pada 2019.

Motta menjelaskan kepada Gazzetta dello Sport pada 2018:

“Idea saya sebenarnya nak bermain sangat ofensif. Kompak dan pasukan yang menguasai perlawanan. Bermain dengan high pressing dan banyak gerakan dengan bola.”

“Saya nak pemain yang ada bola memiliki 2 atau 3 pilihan, dengan ada rakan dekat mereka yang sentiasa bersedia membantu. Benda paling sukar dalam bola sepak adalah ketika cuba memudahkannya.”

“Saya cuma nak katakan bahawa nombor itu tak penting sangat bola sepak. Saya tak suka dengan nombor nombor ini dalam padang. Ianya mengelirukan kamu. Kamu boleh ultra ofensif dengan 5-3-2 [formasi yang digelar ultraf defensif] dan boleh menjadi defensif dengan 4-3-3.”

Thiago Motta kemudian menjelaskan dia mahu bermain dengan sistem 2-7-2. Dengan penjaga gol dikira dalam struktur tengah.

“Penjaga gol dikira sekali dengan pemain tengah. Pada saya, penyerang pertama adalah penjaga gol dan pertahanan pertama adalah penyerang.”

“Penjaga gol memulakan permainan, dengan kaki mereka dan pemain penyerang yang akan mengenakan tekanan pertama kepada lawan ketika hilang bola.”

Lalu ramai membayangkan formasi yang dimaksudkan Motta adalah seperti ini:

blank

blank

blank

Tetapi sebenarnya silap. Motta sebenarnya melabel formasi secara vertikal. Dari kiri ke kanan.

Di mana di kanan ada 2 pemain, di tengah ada 7 pemain dan di sisi kiri ada 2 lagi pemain.

blank

Jadi dalam sistem ini, ada banyak formasi yang ada di dalamnya. Berikut adalah lakaran daripada pandit football mengenai beberapa formasi  yang terangkum dalam sistem 2-7-2 secara  vertikal.

Menariknya penjelasan  Motta ini, kita ambil contoh Antonio Conte di Chelsea yang suka dengan 3-4-3. Ramai  melabel Conte gemarkan bola sepak defensif.

Sebenarnya penjelasan Motta ini menjawab bagaimana Chelsea sebenarnya boleh  bermain dengan sangat ofensif kerana mereka menekankan permainan di tengah.

Berbalik kepada kenyataan Motta di atas, apabila menyebut taktikal secara vertikal, Chelsea kelihatan defensif kerana 3-4-3 mereka dianggap membentuk 5-4-1.

Sebenarnya apa yang dikatakan Motta adalah masuk akal. Formasi itu akan membuatkan ramai keliru. Dan tak sedar potensi ancaman Chelsea ketika itu sehingga mampu menjuarai Liga Perdana Inggeris.

blank

Motta kemudian memaksudkan sebenarnya, dia hanya akan bermain dengan mana  mana formasi yang dalam lingkungan 2-7-2 secara vertikal.

Fokus utama Motta adalah di bahagian tengah dan mahu penjaga gol sangat aktif dalam bermain sekali dengan pemain lain.

Baca yang lain