Thiago Silva Terus Minta Maaf Selepas Isterinya Panggil Wener ‘Cacing’

Timo Werner baru sahaja menjadi wira Chelsea dalam kemenagan dalam perlawanan separuh akhir kedua Chelsea ke atas Real Madrid. Werner menjaringkan 1 gol dan satu lagi daripada Mason Mount.

Sebelum ini Werner dikejutkan dengan kritikan tak profesional daripada isteri rakan sepasukannya, iaitu isteri Thiago Silva yang terbuka menggelar Werner sebagai lembik macam cacing.

Isabelle Silva, yang panas hati telah menunjukkan reaksinya di Instagram tentang perlawanan separuh akhir pertama.

Dia mengarahkan kritikan ke atas Werner dan menyatakan: “Ini karma, gais. Setiap pasukan yang saya pergi, mesti ada penyerang yang beterusan gagal menjaringkan gol, ini Werner – apa entah nama dia? kerana dia main macam Verme (merujuk kepada cacing dalam bahasa Portugis).”

Satu lagi video muncul: “Kita memerlukan gol, kita harus memenangi perlawanan ini tetapi penyerang saya tidak nak menjaringkan gol, saya tidak tahu mengapa mereka tidak menjaringkan gol.”

Werner menyatakan selepas mengetahui akan video itu, keesokan harinya, Thiago Silva terus bercakap dengannya untuk meminta maaf.

Selepas kemenangan Chelsea, bini Silva turut membuat pusaingan U memuji Werner dengan berkata: “Werner, sangat bagus! Itu yang saya maksudkan sebenarnya. Kamu tahu cara skor gol! Kamu terbaik kawan! I love you!”

Werner tidak mengambil hati dan menyatakan bahawa isteri Silva seorang yang memahami. Dan menambah paling penting dia berusaha memastikan wanita wanita ini gembira di rumah selepas ini tanpa rasa stress.

Werner mahu menghiburkan para suri rumah dengan aksi yang terbaik di atas padang.

“Kadangkala benda macam tu boleh berlaku kerana emosi meledak. Thiago pun sudah meminta maaf secara terbuka pada hari berikutnya. Sebab itu masalah itu sudah dikeluarkan dari senarai.”

“Jadi, saya lebih daripada gembira dan juga teruja bukan hanya untuk dia [isteri Silva] malah untuk isteri isteri rakan sepasukan saya yang lain. Harapan saya agar kita semua ceria sekali lagi.”

“Itu perkara yang terbaik apabila wanita wanita ini gembira duduk di rumah dan penyokong kita pun gembira.”

Chelsea akan berhadapan dengan Manchester City dalam final Liga Juara Juara Eropah musim ini.

Timo Werner dijangka akan terus mengetuai bahagian serangan pasukan Chelsea.

Baca yang lain