Thierry Henry: “Messi Patut Menang Ballon D’Or’, Bye, Tamat”

Thierry Henry tak faham bagaimana boleh ada pihak mempersoalkan jika Messi memenangi Ballon d’Or musim ini. Di mana kapten Argentina itu dikatakan bakal menggondol anugerah itu buat kali kelapan.

Prestasi Messi bersama PSG dan Inter Miami musim ini dikatakan tidak cukup untuk menjadikan dia pemenang Ballon d’Or walaupun dia mengetuai Argentina menjuarai Piala Dunia 2022 di Qatar yang lalu.

Legenda Arsenal dan Perancis, Thierry Henry menegaskan dia percaya Messi adalah orang paling layak memenangi Ballon d’Or musim ini, Kerana pemain itu menjadi inspirasi negaranya ketika menamatkan kemarau kejuaraan dunia pada 2022.

Messi menjadi arkitek utama Argentina untuk membawa pulang Piala Dunia ketiga negaranya. Yang pertama selepas era Maradona pada 1986. Argentina memulakan kempen Piala Dunia 2022 dengan kurang meyakinkan ketika kalah di tangan Arab Saudi.

Namun bangkit selepas itu untuk mara ke pusingan kalah mati. Argentina mara sehingga ke final untuk bertemu Perancis. Di dalam aksi final, Messi bertemu dengan rakan sepasukannya ketika di PSG iaitu Mbappe. Yang menyaksikan aksi final thriller dengan 6 gol terhasil pada 120 minit. Aksi ditentukan dengan penentuan penalti dan akhirnya Argentina memenangi perlawanan itu.

Fabrizio Romano melaporkan bahawa kem Messi sudah bersedia untuk berangkat ke Perancis bagi menerima Anugerah Ballon d’Or pada minggu hadapan. Media Argentina juga menegaskan perkara yang sama. Ianya akan menjadi kemenangan sangat bersejarah buat Messi. Kerana sekarang ini pun dia sudah menjadi pemenang Ballon d’Or terbanyak dalam sejarah dengan 7.

Pencabar terdekatnya Cristiano Ronaldo dengan 5 Ballon d’Or. Sudah pasti tak akan memenanginya musim ini kerana dia tiada dalam senarai akhir 30 calon untuk memenanginya.

Walaupun ramai yang percaya Messi layak memenanginya, namun ada juga yang mempersoalkan, kenapa harus Messi sedangkan pemain seperti Erling Haaland dianggap lebih layak memenanginya dengan kejayaan membantu City menamatkan kempen musim lalu dengan kejuaraan treble – EPL, UCL dan Piala FA Inggeris.

Pep Guardiola sebelum ini berpendapat bahawa Haaland berhak memenanginya, begitu juga Messi. Dalam ulasannya di CBS membidas pihak yang mempersoalkan kredibiliti Messi untuk memenangi Ballon d’Or 2023.

Henry berkata: “Jika kamu melihat bagaimana cara Messi membantu negaranya memenangi Piala Dunia, kamu tidak boleh berkata bahawa Messi tidak layak memenangi Ballon d’Or  [kali ini].”

Carragher kemudian bertanya: “Jadi pada pendapat kamu, siapa yang layak memenanginya?”

Henry dengan tegas menjawab: “Pada pandangan saya ke? MESSI! Bye, ianya [perdebatan itu] dah berakhir.”