Thomas Frank Anggap Brentford Main Bagus Dan Berhak Menang

Pengurus Brentford, Thomas Frank menyatakan bahawa pasukan lebih baik daripada Arsenal secara berpasukan. Namun pemain dengan kualiti invididu seperti Saka menjadi sebab kenapa Arsenal menang.

Arsenal menang 1-0 ke atas Brentford hasil jaringan Kai Havertz pada lewat perlawanan. Kemenangan yang membolehkan Arsenal kini berada di tangga teratas EPL setelah Man City dan Liverpool terikat 1-1 di Etihad dalam sepak mula lebih awal.

Menurut pengurus Brentford, pasukannya dengan mudah adalah pasukan yang berhak menang berdasarkan prestasi mereka di atas padang.

Dia berkata: “Kami berjaya membuatkan Arsenal diam sepanjang perlawanan. Kemudian Saka memiliki 1 momen luar biasa, cross yang luar biasa telah menjadi penentu kepada keputusan perlawanan.”

“Kedua dua team ni masing masing boleh menjadi pemenang. Namun secara mudahnya, kami yang lebih berhak menang.”

Thomas Frank diminta menyemak semula video perlawanan yang jelas menunjukkan pasukannya hanya parkir bas berdepan Arsenal.

Seorang peminat Arsenal berkata: “Bro cakap mudahnya boleh jadi mereka yang menang. Kamu tidak ada mencipta peluang [keemasan] selain daripada kesilapan Ramsdale.”

Namun ramai juga peminat Arsenal setuju dengan Thomas Frank dengan menyatakan bahawa Brentford berpotensi merobek hati peminat Arsenal dengan gameplan yang jelas mereka amalkan dalam perlawanan ini.

Zack berkata: “Brentford bermain baik. Ada perancangan permainan dan berpegang kepadanya. Mereka ada peluang peluang keemasan, peluang hampir gol.. [itu boleh membantu] memenangi perlawanan.”

Saksikan rangkuman aksi di sini je pun:

Baca yang lain