Thomas Frank Bengang Havertz Masih Ada Atas Padang Dan Skor Gol Kemenangan

Pengurus Brentford, Thomas Frank tak puas hati dengan gol kemenangan Kai Havertz pada lewat masa permainan.

Kerana menurutnya gol itu tak sepatutnya wujud dalam aksi di antara kedua dua pasukan di Emirates.

Thomas Frank berpendapat bahawa, Kai Havertz seharusnya sudah tidak berada di atas padang. Pemain itu patut sudah dibuang padang pada masa itu.

Hal itu kerana Havertz yang telah mengutip kad kuning pertama telah melakukan simulasi sebelum dia mencetak gol kemenangan tersebut.

Havertz didapati diving kira kira 20 minit sebelum dia mencetak gol kemenangan pasukannya pada minit ke-86.

Fallon d’Floor nominee: Kai Havertz (while already on a yellow)
byu/Goalnado insoccer

Dua pemain Brentford, Ivan Toney dan Vitaly Janelt antara yang mempersoalkan kenapa pemain itu tidak dibuang padang selepas dia melakukan simulasi?

Thomas Frank kecewa dengan pengadil yang tidak melayangkan kad kuning kedua. Sebaliknya pemain itu mencetak gol kemenangan pula.

Dia berkata: “Saya biasanya tak pernah buat macam ni [berikan komen kecam keputusan pengadil], namun saya rasa Havertz tidak sepatutnya berada di atas padang ketika gol itu dihasilkan.

“Bagi saya dia jelas melakukan simulasi dan meminta penalti. Jika kamu lihat balik ulang tayang gerak perlahan memang jelas.

“Mungkin sukar untuk Rob [pengadil] melihat, tetapi penjaga garisan patut boleh nampak benda tu. Itu pandangan saya, jelas sekali.”

Sebelum komen Thomas Frank itu dibuat, akaun X Brentford turut menganggap Arsenal bernasib baik kerana masih bermain 11 pemain kerana Havertz sepatutnya sudah dibuang padang kata mereka.

Thomas Frank turut menuntut Kai Havertz sendiri mengaku bahawa dia telah melakukan simulasi.

Dia menambah: “Havertz jelas sekali melakukan dive, saya berharap mereka mengaku sahaja.”

Arsenal melebarkan lagi rekod kemenangan mereka dalam Liga Perdana Inggeris. Dan kini mereka sedang memimpin carta liga sebelum sepak mula di Anfield malam ini.

Masih ada baki 10 perlawanan lagi untuk The Gunners dalam usaha mereka menebus kekecewaan musim lalu dan menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris sejak kali terakhir mereka memenanginya adalah pada 2004.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang