Thomas Frank Bentang Analisis Secara Langsung, Akui Brentford Manipulasi Kependekan Martinez

Pemain pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez bergelut berdepan dengan duel fizikal Brentford dalam kekalahan 4-0.

Pengurus Brentford, Thomas Frank selepas tamat perlawanan dengan bermurah hati membentangkan analisis taktikal dari bilik persalinannya.

Tanpa berselindung, dia terus mengakui bahawa mereka menyasarkan pemain antarabangsa Argentina untuk menang, ketika Jamie Redknapp percaya Martinez, yang berdiri pada ketinggian 5 kaki 9 inci, tidak boleh bermain di bek tengah dalam Liga Perdana Inggeris.

Pemain pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez dikeluarkan pada separuh masa dalam kekalahan 4-0 mereka di Brentford. Kerana Erik Ten Hag mendapati memang pemain bernilai £57 juta itu menjadi mangsa buli secara fizikal oleh Brentford.

Martinez, yang ditandatangani dari Ajax bulan lalu, telah dikeluarkan pada separuh masa dalam kekalahan memalukan tersebut. Dan dia benar benar bergelut untuk mengatasi fizikal Brentford dan ditewaskan oleh Ben Mee untuk gol ketiga Bees.

Pemain berusia 24 tahun itu turut mendapat kritikan hujung minggu lalu pada penampilan sulungnya di Liga Perdana ketika Brighton menang 2-1 di Old Trafford.

Ditanya sama ada pasukannya sengaja menyasarkan pemain berusia 24 tahun itu, bos Brentford, Frank memberitahu Sky Sports: “Kami tahu kami akan ada lebih berkemungkinan sama ada memenanginya [bola pertama] atau bola kedua di sekelilingnya.”

Seterusnya Thomas Frank menyatakan bahawa dia mengkaji cara Brighton bermain. Dan mendapati pasukan itu mengubah sedikit corak taktikal mereka. Graham Potter terkenal dengan sistem permainan daripada build up dari bawah. Telah menukar corak permainan kepada sistem bola tinggi ketika berdepan Manchester United.

Thomas Frank terus mendapat idea bahawa itulah dia senjata utama Brighton gunakan ketika menewaskan Manchester United. Dan mangsa utama mereka adalah Lisandro Martinez.

Frank menambah: “Kita lihat pasukan mereka dan lihat kembali bagaimana Brighton bermain dengan sangat baik ketika berhadapan dengan mereka. Brighton pun bermain dengan corak seperti kami ketika berhadapan dengan mereka.”

“Kebiaasaannya, Brighton akan sentiasa membina serangan daripada penjaga gol. Tetapi mereka [pada perlawanan itu] sentiasa melambungkan bola jauh jauh. Dan kami melihat corak itu dan kami tahu bahawa itulah senjata mereka gunakan [untuk mengalahkan Manchester United]. Dan itulah sebabnya kami melakukan perkara yang sama.”

Bekas kapten Manchester United, Gary Neville menyatakan bahawa dia tidak bermain bek tengah pada era Sir Alex Ferguson kerana dia tak cukup tinggi.

Nevill berkata: “Tetapi selalu ada satu ketika di mana secara fizikal ia menjadi terlalu berat untuk saya dan dia [Ferguson] terpaksa mengeluarkan saya dari bek tengah dan meletakkan saya di bek kanan kerana saya secara fizikal tidak dapat menangani penyerang 6 kaki 2 inci yang menentang saya.”

“Saya bermain dalam 40-50 perlawanan daripada 150 aksi pertama saya sebagai bek tengah pada ketika itu. Di mana saya melihat Paul Parker menjadi bek tengah yang sangat baik.”

“Namun sentiasa ada isu apabila melibatkan fizikal dan ianya menjadi sangat sukar buat saya. Mereka akhirnya mengeluarkan saya daripada posisi bek tengah dan meletakkan saya di bek kanan.”

“Saya di dalam kotak penalti pada set-piece dan hantaran lintang. Saya terpaksa akur bahawa saya akan menjadi bek tengah dan bos Sir Alex Ferguson mencubanya selama kira-kira tiga atau empat tahun di mana dia terus meletakkan saya di situ.”

“Tetapi secara jujur, ia akan menjadi sangat sukar dalam liga ini untuk benar-benar berjaya, tidak kira betapa baiknya anda.”

Martinez, yang telah menandatangani kontrak lima tahun di United dengan pilihan 12 bulan lagi, juga boleh beroperasi sebagai bek kiri dan sebagai pemain defensive midfielder – posisi yang masih lagi bergelut untuk Man United isi setakat ini.

Ditanya di mana Martinez boleh menyesuaikan diri di Old Trafford, Neville berkata: “Mungkin di sebelah kiri dalam sistem tiga bek – itu berpotensi berkesan.”

“Mungkin bermain di bahagian tengah [DM], kerana kita tahu dia boleh melakukannya. Saya fikir dia mempunyai ketabahan dan, untuk berlaku adil, saya tidak akan menilai dia sama sekali pada masa ini.”

“Tetapi untuk mengatakan dia boleh bermain di tempat lawan di Brentford menentang Toney dan Mbeumo – dia secara fizikal tidak boleh bersaing dengan mereka.”