Thomas Muller Anggap Ronaldo Lebih Menggerunkan Mereka Berbanding Messi

Thomas Muller telah memberikan pandangannya tentang Messi dan Ronaldo. Dia tidak bercakap tentang siapa yang GOAT sebenar, tetapi menceritakan tentang siapa lebih menakutkan Bayern ketika ditentang.

Menurut Muller, Cristiano Ronaldo ketika di Real Madrid adalah pemain yang sangat sukar ditentang oleh Bayern kerana seringkali memberikan masalah kepada Bayern berbanding dengan Lionel Messi.

Messi kini beraksi untuk PSG dan sekali lagi disingkirkan oleh Bayern. Sebelum ini ketika di Barcelona, Messi turut berdepan masalah yang sama, di mana Barca pernah dibelasah Bayern 8-2 ketika Messi masih di sana.

Kini Messi sudah 2 kali berturut turut disingkirkan Bayern dari UCL bersama dengan PSG.

Dan secara keseluruhan ianya kali ketiga berurut turut Messi dihampakan Bayern dalam UCL.

Lantas Thomas Muller menganggap Messi bukan ancaman yang digeruni Bayern berbanding dengan Ronaldo.

Muller berkata: “Menentang Messi, keadaannya sentiasa baik di semua peringkat dari segi keputusan. Di peringkat kelab, Cristiano Ronaldo adalah masalah kami semasa dia bermain untuk Real Madrid.”

“Saya ada rasa hormat yang teramat tinggi kepada Messi di atas prestasinya pada Piala Dunia yang lalu,” tambah Muller.

Ronaldo memiliki rekod bertemu Bayern 8 kali ketika bersama Real Madrid. Dan membantu Real memang 6 kali dengan menjaringkan 9 gol.

Baca yang lain