Thomas Muller tidak berpuas hati dengan pengadil dalam aksi Real Madrid menentang Bayern.
Di mana menurutnya, seringkali berlaku ketika menentang Real Madrid pengadil akan berpihak kepada jaguh dari Sepanyol itu.
Dalam aksi semalam, Bayern dinafikan gol minit ke-113 setelah pengadil meniup wisel ofsaid yang terlalu awal. Kerana pengadil melihat bendera penjaga garisan.
Tuchel dan De Ligt selepas tamat perlawanan menegaskan bahawa penjaga garisan sudah meminta maaf akui kesilapannya mengibarkan bendera ofsaid terlalu awal.
De ligt berkata: “Saya tak nak la cakap tentang Real Madrid selalu dapat bantuan pengadil. Namun hari ini jelas memberikan mereka perbezaan pada hari ini.”
Tuchel mempersoalkan kenapa pengadil tidak melihat VAR?
Kemudian giliran Thomas Muller pula menghentam pengadil. Muller berpendapat Madrid selalu mendapat bantuan daripada pengadil.
Sama seperti sebelum ini ketika mereka bertemu dengan Madrid beberapa tahun lalu. Muller antara pemain yang benar benar bengang dengan apa yang berlaku.
“Ini sangat pelik. Pengadil langsung tak tengok VAR. Perkara seperti ini selalu berlaku di Madrid. Sudah berlaku pada 2 gol Ronaldo beberapa tahun lalu.
“Namun kami tak boleh la rumuskan kekalahan ini sebab benda tu,” jelas Muller.
🚨🚨🎙️| Thomas Muller was furious with the offside decision:
“It’s very weird. The referee didn't even look at the VAR. This happens very often in Madrid. Already with Cristiano's double a few years ago. But we should not sum up our defeat to that.” 😳 pic.twitter.com/n5dTnZPqXY
— CentreGoals. (@centregoals) May 8, 2024
Real Madrid mara ke final selepas menang agregat 4-3 dalam dua perlawanan menentang Bayern.
Di Bernabeu, Real ketinggalan terlebih dahulu sebelum pemain gantian mereka Joselu menjaringkan 2 gol pada minit ke-88 dan minit ke-90+1.
Real berpeluang menjuarai UCL ke-15 dalam sejarah.